Ahad, 6 Disember 2015

Kenduri Kesyukuran... 1

foto hiasan: Mamat dapat hadiah dari Pak Harun - ketua kampung

Dah lama Yop tak balik jenguk Mak. Bila rancang nak balik, ada je halnya yang perlu diselesaikan.

Minggu ni kalau ikut perancangan, adik Yop - Matun dan Kida nak buat majlis kesyukuran atas kejayaan yang dicapai masing-masing (Kida berjaya dalam peperiksaan kepolisian dan Matun mendapat KWSP 50 tahun).

Mak dan abah dulu memang rajin buat kenduri arwah atau kesyukuran. Biasalah... orang kampung kan. Sikap bermasyarakat itu kuat ikatannya. 

Sudah tentulah Yop kena balik. Cumanya masih dok berfikir ni, macam mana nak uruskan Yong sebab balik nanti tentulah perlu lebih dari sehari supaya kehadiran Yop tidaklah dirasakan bagai melepas batuk di tangga sahaja oleh adik-adik Yop,

Kegigihan dan kesabaran kisah silam Mak selalunya menjadi pemangkin kekuatan dalam diri Yop. Semua nasihat Mak yang kalau dulu seolah-olah satu leteran yang malas dan jemu Yop nak dengar dulu kini menjadi pedoman pula dalam hidup Yop di rantau orang. Rupanya... leteran itu adalah kata-kata hikmat yang tinggi nilainya di hari ini Yop.

Yop akan buat yang terdaya dan terbaik untuk Mak. Yop percaya, adik-adik Yop kalau pun tidak semua, sebahagian mereka memahami kekangan Yop.

Apapun insyaAllah, 12hb ini Yop akan balik bersama anak dan cucu Yop...

Tiada ulasan: