Memaparkan catatan dengan label Nur Syukrida Murnira. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nur Syukrida Murnira. Papar semua catatan

Isnin, 16 September 2019

Anak - Anak Qida

Ini adalah anak kepada adik bongsuku - Qida. Yop dapat melalui postingnya di wasap grup Opah Sawi. Seronokkan bila ada anak kecil yang keletahnya menjadi penghibur semasa dukalara?

Muga besar mereka akan menjadi sehebat mama mereka. Aameen...

Wafa & Wajdi


Isnin, 10 Jun 2013

Seraut Wajah...




Sekarang ini sudah menjangkau umur 2 bulan. Kita tunggu lagi beberapa tahun, mungkinkah Wafa akan membesar dan seiras wajah manis dan berlesung pipit seperti ibunya semasa kecil dahulu...




... sepertimana Mamat dengan anaknya di .... sini

                      Niza dengan anaknya di ........sini

Rabu, 18 April 2012

Maklumlah, Baru Sebulan...

























Adik mengirim emel memberitahu tentang perkembangan terkini Kida tadi; 


 " Pagi tadi saya ada mesyuarat di Jab Kes. Seremban. Habis mesyuarat 11.00am ambil kesempatan singgah ke PD, jumpa adik bongsu kita. Dia sihat je. Badan nyan Nampak berisi sikit. 

Dia & Najmi dah pindah ke rumah sewa, tapi belum habis kemas. Bila dah ok nanti saya cadang nak ajak mak datang ziarah dia. X perlu rush, bagi dia selesa dulu. Maklum lah baru sebulan. " 

Mudah-mudahan Kida bahagia dengan suaminya dan tenang mengangkat sauh dan melebarkan layar mengharungi lautan hidup. ( Diatas adalah gambar Yop baru kahwin. Di belakang adalah Mamat. Di atas beranda adalah Mak bersama Kida.)

Sabtu, 1 Januari 2011

Hari Merisik Kida

Hari Khamis 29 Januari lepas, ada rombongan datang merisik adik Yop yang bongsu ni. Yop sms kat Adik di Shah alam dan Darul di Kulim kata Yop akan balik dan perlu balik. Itu kempen saikologi namanya. Dengan harapan mereka juga balik.

Yop tahu mak tentu rasa berbesarhati jika ramai anak-anaknya dapat balik ke majlis ini walaupun mak tak cakap terang-terangan. Dan alhamdulillah, hari itu riuh rendahlah rumah lama kami itu dengan suara anak cucu mak.

Ada beberapa keping gambar Yop dapat dari facebook dari adik bongsu Yop, Syukrida ini. Tapi foto dia tak da la pulak. Foto anak saudara je yang banyak.

Dan pastinya buat ini, anak saudara paling bongsulah yang menjadi sebutan..

Darul Azhar

Aqeef

Adik

Imran dan...(lupa namanya)

Aqeef dengan Mami ( he..he..he..)

Aqeef dengan Ayah Cik

Aqeef dengan Mak Long

Ahad, 19 April 2009

Nur Syukrida Murnira


Dia di sebelah kiri adalah adik bongsuku. Manis kan? Lebih manis kalau senyum kerana terhias lesung pipit di kiri kanan.

Entah bila masa emak melahirkan dia aku pun tak tahu. Masa itu aku belajar di KL. Tau-tau saja dia dah pun menjadi ahli keluargaku. Kejarangan aku balik ke kampung lantaran studi menyebabkan aku kurang rapat sangat dengan adikku ini yang lebih mesra dipanggil Kida. Cuma bila dia dewasa begini baru aku dapat rasakan kemesraan itu. Dia lebih rapat dengan adikku Mamat. Maklumlah, mereka lahir di zaman yang sama, 80an. 20 tahun berbeza dari zaman aku.

Kini Kida berada di bulan-bulan terakhir UIA, Gombak. Dia mengambil sarjana Komunikasi. Yang bestnya Kida ini bila dia bercakap. Ia mengingatkan aku terhadap perkara yang sama semasa aku sedang belajar di KL dulu.

Bila bersama kawan-kawan yang dari pelbagai negeri di dalam kelas, aku cuba mengelak dari bercakap menggunakan dailek negeri Perak. Jadinya aku akan bercakap menggunakan bahasa standard;

kume jadi saya
kome kamu
deme jadi dia orang

Aku pun tak perasaan perubahan ini. Sehinggalah aku balik ke kampung, aku terdengar adik-adik aku berkata sesama mereka;

" Kenapa yop tu cakap pelatnya lain macam jer? "

Nah, hari ini aku pula bersoalan yang sama bila mendengar Kida bercakap;

kita orang
dia orang

Stail remaja KL bercakap. Maklumlah, KL itu terhimpunnya pelbagai orang dari pelbagai negeri yang berdailek berbeza terpaksa mencari satu dailek pertuturan yang tersendiri dan akhirnya begitulah bunyi patah perkataan yang diucapkan. Ada pengaruh BAKU. Dan kekadang aku terasa seperti mengada-ngada. Tapi itulah hakikatnya yang harus kita terima.

Tukar dailek tak mengapa. Jangan tukar budi bahasa dan peragaan macam sesetengah anak muda KL yang pernah aku jumpa.