Memaparkan catatan dengan label saudara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saudara. Papar semua catatan

Selasa, 4 Oktober 2016

Belasungkawa - Ayah Yang


Dapat berita, Ayah Yang pergi menemui Tuhan lebih dulu dari kita.

Innalillahiwainnaialihirojiun!

Ayah Yang yang sekian lama dijagai dan tinggal bersama Norlin di Tambun sebenarnya kian uzur hari demi hari akibat tua. 

Adiknya yang tengah yakni abah dan Basri telah lebih dulu pergi. Mak Nyah juga telah tiada.

Hasil perkahwinan Zaleha + Abdullah Sani:

1. Mak Nyah ...               (tiada)
2. Ayah Yang - Ihsan ... (tiada --> 2016)
3. Ayah Co - Basri ...       (tiada)
4. Abah/Andak - Amri ... (tiada --> 2008)
5. Pak Cik - Sabaruddin ... ( masih ada)

Pak Cik Saba...dia sahaja bapa saudara belah abah yang masih ada. Belah mak masih ada Cu Haron dan Pak Long.

Semuga yang masih hidup ini kita ziarahi dan doakan kesejahteraan mereka.

Apapun kematian itu pasti dan waktunya adalah dalam milikan Allah, termasuk kita!

Sabtu, 30 April 2016

Mimpikan Mak Co


Tidur tadi Yop bermimpikan Mak Co - satu-satunya mak saudara yang membesar Yop dengan air susunya.

Mak Co adalah kakak ipar kepada abah. Tinggal tak jauh dari juga dari rumah Yop di kampung. Anaknya yang sulong - Jama adalah sebaya dengan Yop dan kawan sepermainan yang akrab bersama Kulop dan Din. 

Mak Co lemah lembut orangnya. Asal dari Simpang Pulai. Yop selalu bermain dan tidur di rumahnya

Satu masa di bulan puasa, Yop masih ingat; pernah tertidur lama di ruang tamu rumah Mak Co setelah balik dari mengambil kanji di masjid. Kata mereka, Yop pengsan

Semasa pemergiannya menemui Pencipta semasa berumur lingkungan 75 tahun, Syawal tahun lepas, Yop tak dapat pergi ziarah kerana masih kurang sihat akibat serangan Denggi. Tak boleh duduk lama jauh sekali untuk memandu.

Yop doakan muga Mak Co aman di 'sana'. Kenangan semasa kecil bersamanya sebenarnya dah banyak Yop terlupa...

Ahad, 18 Disember 2011

Cik Mah


Namanya yang sebenar Yop dah lupa. Memang akhir-akhir ini banyak nama-nama saudara atau orang-orang kampung Yop dah tak ingat.

Yang Yop selalu panggil ialah Cik Mah. Dia adalah saudara belah mak. Anak kepada Opah Balun. Dia ada seorang kakak dan seorang adik. Cik Mah adalah kerani pejabat sekolah. Sekolah Rendah Kebangsaan Kg Balunlah, agaknya!

Satu perkara yang masih Yop dapat ingat ialah bila satu hari dia tanya Yop. Masa tu Yop sekolah rendah atau menengah. Manalah Yop reti pasal ni.

"Kamu tau tak kalau orang lelaki bagi sapu tangan pada perempuan apa maknanya?"

Apa jawapan Yop, juga Yop tak ingat lagi. Yang Yop baru tau sekarang ini itulah maknanya lelaki itu ada hati pada dia. Ini stail memikat zaman 60an atau awal 70an. Agak-agaknyalah, lelaki itulah suaminya sekarang.

Satu lagi Yop masih ingat, Cik Mah pernah bawa Yop tengok cerita Kati Patang di panggung wayang Slim River. Hero filem tu kalau tak silap Rajesh Kapoor.

Sekarang ini dia masih tinggal di Balun. Dan masih manis senyumnya bila berjumpa dengan Yop!

sila off butang main lagu jika mahu tonotn klip video ini
sedutan salah satu lagu dari filem Kati Patang - sekadar untuk imbas kenangan silam.

Ahad, 30 Oktober 2011

Ayah Co Ubat Orang Sakit Gigi

Ayah Co ( duduk )

Samada betul Ayah Co pandai mengubat orang sakit atau tidak, Yop tak tahu. Tapi selalunya kalau ada budak-budak yang demam atau menangis malam, ayah Co adalah orang yang mak selalu cadangkan untuk berubat. Kalau istilah dulu di panggil - tetemas.

Yop masih ingat satu ketika Ayah Co mengubat orang sakit gigi. Ayah Co ambil limau nipis dan telor lipas. Ayah Co potong limau nipis dan tenyeh ke bahagian pipi yang ada sakit gigi bersama dengan telor lipas. Yop fikir, mungkin telor lipas itu adalah sebagai ramuan perubatan.

"Tengok, ulat gigi kamu dah keluar. Banyaknya ulat dalam gigi kamu." ujar Ayah Co.

Memang banyak ulat melingkar tangkas atas pipi orang tu. Geli pula rasa Yop.

"Macam mana, ada koghang rasa sakit gigi kamu?" tanya Ayah Co.

"Haahh.. Koghang sikit ghasenya sakit gigi aku ni."

Tapi bila Yop dah sekolah menengah; dah selalu buat ekspeimen di makmal sains sekolah; Yop terfikir nak tengok apa ada telor lipas. Bila Yop pecahkan telor lipas yang masih baru, keluarlah ulat-ulat yang begitu banyak melingkar macam yang pernah Yop tengok masa Ayah Co mengubat orang sakit gigi dulu.

Ketawa Yop sendirian...