Memaparkan catatan dengan label Belasungkawa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belasungkawa. Papar semua catatan

Ahad, 5 Mac 2017

Perginya Seorang Lagi Lagenda Kampung Kepayang


Semalam, Yop dikejutkan dengan berita kematian Inderasuraya Buman, anak jati Kampung Kepayang sekitar waktu Maghrib. Sebab kematian tidak pula Yop ketahui.

Lebih mesra dipanggil Indra, dia sebaya dengan Napi dan cucu kepada Nik Tekah. Yop tidaklah rapat sangat dengan dia. Jadi, Yop tak retilah nak cerita perihal latarbelakangnya.

Rumah dia terletak di belah olak kampung. Belah olak ni memang dikenali dengan kalangan orang kuat kampung. Ketua kampung dan imam masjid kebanyakannya tinggal
di sini.

Tapi Indera ini memang istimewa sikit. Namanya dikenali dek keistimewaan dia itu. Yop mula berhubungan dengan dia sejak ada facebook ni sahaja.

Awal pagi semalam ada kematian juga yakni Haji Hambali bin Mahmud,  adik kepada mantan ketua kampung, Mambi seawal 1.20 pagi.

Pendekata semalam,  kampung ini kehilangan 2 orang lagenda sekaligus!

Innalillah...

Muga Allah sediakan mereka Syurga Firdaus...

Selasa, 4 Oktober 2016

Belasungkawa - Ayah Yang


Dapat berita, Ayah Yang pergi menemui Tuhan lebih dulu dari kita.

Innalillahiwainnaialihirojiun!

Ayah Yang yang sekian lama dijagai dan tinggal bersama Norlin di Tambun sebenarnya kian uzur hari demi hari akibat tua. 

Adiknya yang tengah yakni abah dan Basri telah lebih dulu pergi. Mak Nyah juga telah tiada.

Hasil perkahwinan Zaleha + Abdullah Sani:

1. Mak Nyah ...               (tiada)
2. Ayah Yang - Ihsan ... (tiada --> 2016)
3. Ayah Co - Basri ...       (tiada)
4. Abah/Andak - Amri ... (tiada --> 2008)
5. Pak Cik - Sabaruddin ... ( masih ada)

Pak Cik Saba...dia sahaja bapa saudara belah abah yang masih ada. Belah mak masih ada Cu Haron dan Pak Long.

Semuga yang masih hidup ini kita ziarahi dan doakan kesejahteraan mereka.

Apapun kematian itu pasti dan waktunya adalah dalam milikan Allah, termasuk kita!