Setiap kali ada majlis kenduri kahwin, abah selalu diminta bernyanyi. Abah membalut mikrofon dengan sapu tangan. Abah memakai cermin mata hitam. Dan abah akan menyanyikan lagu 'SRI MERSING". Akhirnya, abah masyhor dengan gelaran 'Am Sri Mersing'.

Ahad, 30 Oktober 2011

Ayah Co Ubat Orang Sakit Gigi

Ayah Co ( duduk )

Samada betul Ayah Co pandai mengubat orang sakit atau tidak, Yop tak tahu. Tapi selalunya kalau ada budak-budak yang demam atau menangis malam, ayah Co adalah orang yang mak selalu cadangkan untuk berubat. Kalau istilah dulu di panggil - tetemas.

Yop masih ingat satu ketika Ayah Co mengubat orang sakit gigi. Ayah Co ambil limau nipis dan telor lipas. Ayah Co potong limau nipis dan tenyeh ke bahagian pipi yang ada sakit gigi bersama dengan telor lipas. Yop fikir, mungkin telor lipas itu adalah sebagai ramuan perubatan.

"Tengok, ulat gigi kamu dah keluar. Banyaknya ulat dalam gigi kamu." ujar Ayah Co.

Memang banyak ulat melingkar tangkas atas pipi orang tu. Geli pula rasa Yop.

"Macam mana, ada koghang rasa sakit gigi kamu?" tanya Ayah Co.

"Haahh.. Koghang sikit ghasenya sakit gigi aku ni."

Tapi bila Yop dah sekolah menengah; dah selalu buat ekspeimen di makmal sains sekolah; Yop terfikir nak tengok apa ada telor lipas. Bila Yop pecahkan telor lipas yang masih baru, keluarlah ulat-ulat yang begitu banyak melingkar macam yang pernah Yop tengok masa Ayah Co mengubat orang sakit gigi dulu.

Ketawa Yop sendirian...

Rabu, 26 Oktober 2011

Abah Suka Teh + Roti Canai

Perangai abah sejak dari dulu ialah suka minum teh dengan roti canai.

Kalau abah datang ke rumah Yop; pepagi lagi abah akan bangun. Mandi dan berpakaian. Abah akan mundar mandir di luar sambil hisap rokok. Yop tahu sangat; itu maknanya Abah tengah ushar kedai makan.

Abah tak cakap banyak. Tak lansung meminta Yop untuk hantarnya ke kedai. Abah akan berjalan kaki sendiri mencari kedai makan.

Cumanya, Yop sebagai anak tentulah kena faham akan perangai abah tu. Dan Yop pun sepatutnya bersiap-siap untuk bawa abah pergi minum-minum sambil berbual-bual. Selalunya Yop bawa Abah makan di kedai tepi Masjid Kubang Semang.

Masa inilah abah akan bercerita tentang dirinya. Dan masa inilah yang terbaik untuk korek isihatinya.

Abah seorang yang tak banyak ragam. Justeru itu, senang nak jaga Abah. Bukan Yop sorang je yang perasan begitu. Adik-adik Yop yang lain juga