Rabu, 2 Oktober 2019

Sejarah Kampung Kepayang



Astro Awani semalam ( 1 Oktober 2019 ) ada menyiarkan kisah asal usul Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh tempat Yop dibesarkan. Boleh ikuti di pautan ini:

http://www.astroawani.com/video-malaysia/kenali-kampung-kepayang-1811950

Isnin, 16 September 2019

Anak - Anak Qida

Ini adalah anak kepada adik bongsuku - Qida. Yop dapat melalui postingnya di wasap grup Opah Sawi. Seronokkan bila ada anak kecil yang keletahnya menjadi penghibur semasa dukalara?

Muga besar mereka akan menjadi sehebat mama mereka. Aameen...

Wafa & Wajdi


Sabtu, 14 September 2019

Ngeteh dengan Napi...

Sabtu baru ni Yop balik kampung tengok mak. Yop akui, memang jarang balik kampung. Memang rasa bersalah sesangat tapi itulah hakikat. Tak seperti adik-adik Yop yang murah dengan agenda 'balik kampung' mereka.

Sejak Yong 'tak sihat' ini Yop balik kampung cuma beberapa jam sahaja. Tak boleh bermalam sebab keadaan Yong yang tak sesuai tinggal di rumah orang lain selain rumah sendiri.

Oleh kerana jarang balik, jarang pula berkhidmat untuk mak, Yop cuba sedaya upaya berbakti kepada mak dan Duyah yang menjaga maka dengan setiap kali balik, Yop cuba bersihkan persekitaran bilik mak, dapur, peti ais dan basuh kain, toto dan baju mak yang belum berbasuh. Kali ini Yop tambah dengan membeli 4~5 kampit sabun serbuk untuk digunakan membasuh toto mak.

Sebelum balik semula ke Penang, Yop ajak Napi untuk mengeteh di Restoran Pelita, pekan Fair Park. Saja je untuk berbual tentang keluarga, mak, anak saudara dan diri sendiri.


Napi & Yop ngeteh di Pelita

Yop amat berterima kasih kepada adik-adik Yop sebab mereka menghormati Yop sebagai abang sulong, memahami kekangan Yop menjaga mak dan kerjasama mereka dalam menjaga mak dengan tidak mengambil kisah kurang lebih kuantiti kerja mereka.

Terima kasih buat adik-adik Yop...


Ahad, 8 September 2019

Echa 8 Tahun

Hari ini hari ulang tahun ke-8 Echa, anak Napi/Ina. Anak mereka yang paling bongsu jauh ditinggalkan oleh kakak dan abahnya yang sudah pun meningkat ke usia remaja.

Namun, ada anak kecil ini memang lain juga. Penghibur hati mak-abah dan kakak-abang di kala letih dan duka.

Yop rakamkan foto-foto semasa keraian hari ulangtahun Echa oleh  keluarga Echa sebagai khutubkhanah Sri Mersing.