Rabu, 20 Februari 2013

Mamat

Mamat
Dapat panggilan talipon dari Napi tadi bagitau yang Mamat dikejarkaan ke Hospital Besar Ipoh. Mamat memang beberapa hari lalu mengalami kesukaran buang air kecil. Petang tadi mungkin kemuncaknya.

Sebelum ini Mamat pernah dimasukkan ke hospital kerana Batu Karang. Kemungkinan ini adalah ulangan sakit yang sama. Setahu Yop, bila sekali kita terkena Batu Karang, jika tak jaga minuman, sakit itu akan datang lagi. 

Ini cuma andaian saja. Yop percaya, doktor akan membuat pemeriksaan esok untuk pastikan punca sakitnya. Mungkin juga bukan Batu Karang.

Apa-apapun, mari kita berdoa muga-muga Mamat tidak mengalami komplikasi rumit. Dan muga isterinya - Shah akan tenang dalam menghadapi situasi ini. Ini adalah sebahagiaan dari rencah kehidupan.

Yop akan balik ziarah Mamat. Bila?.... Bergantung pada situasi terkini!

Ahad, 17 Februari 2013

Ghokok Tembak

Semasa Yop makan tengah hari di Restoran Mrs Kitchen, Jalan Tengah, Yop ternampak kotak ghokok ni tersusun elok dalam ceghomin tepi kaunter.


Tak semena-mena Yop teringat kat abah. Abah dulu suke bebeno isap ghokok tembak (Rough Rider) dan Gold Leaf ni.

Dulu, abah dengan mak memang ngisap ghokok. Mak, seingat Yop le, mula ngisap ghokok sejak abah sakit. Mak susah hati gamaknya sebab terpaksa ganti abah caghi duit untuk saghe hidup kume anak beghanak.

Tapi, mak tak lama lepaih tu mula beghenti merokok. Punya ler nak beghenti, sampe terhoyong hayang lalu jatuh dari basikal masa balik dari keghoje basuh kain ghumah Cina. Punyanye, ketagih ghokok.

Abah, teghuih ngisap sampa le ke akhir hayat dia. Muga abah aman di alam Barzakh sana. Beberapa hari lepas, Yong bagitau Yop; dia mimpikan abah!

Sabtu, 16 Februari 2013

Al Fatihah!


Yop baru dapat tahu dari FB Kg Kepayang tentang Imam Sham baru saja meninggal dunia di rumah anaknya di Kuala lumpur. Yop tak pasti Imam Sham ini samada imam Sham yang pernah membaca khutbah di mimbar semasa Yop di kampung dulu atau iman Sham yang lain.

Apappun, Al Fatihah! Muga rohnya di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang soleh.

Selasa, 12 Februari 2013

Allahyarham Adik-Adik

Balik kampung semalam, Yop sempat mengorek kisah silam tentang 2 orang adik Yop yang dah meninggal. Adik no 2 bernama Nur Ainun dan yang ke 8 bernama Muhammad Nur. 

Urutan adik beradik kami seperti di sini:

1.  Abu Hanifah
2.  Nur Ainun (meninggal ketika usia 2 bulan setengah)
3.  Abi Hurairah
4.  Alimatun Saadiah
5.  Haniza
6.  Muhammad Hanafiah
7.  Fuziyatun Adawiah
8.  Darul Azahar
9.  Muhammad Nor (meninggal ketika usia 2 setengah tahun)
10. Muhammad Firdaus
11. Nur Syukrida Murnira

Cerita mak lagi - kematian Muhammad Nur atau kami panggil Kia' memberi kesan agak mendalam pada mak.

Melihatkan mak agak sedih, Wan Biah menasihatkan pada mak dan abah supaya melahirkan anak untuk 2orang lagi. Takdir Tuhan, mak dikurniakan dengan 2 orang lagi anak. Dan 2 orang anak itu mak mengambil sempena nama Nur untuk Nur Syukrida dan Muhammad pada Muhammad Firdaus.

Yop masih ingat wajah Muhammad Nor tapi tidak pada Nur Ainon. Mungkin sebab masa itu Yop pun berhingus lagi.

Jumaat, 8 Februari 2013

Stesyen Keretapi Ipoh

Yop ada seorang kawan yang minat sangat dengan keretapi  hingga dia jadi ahli KTM FAN CLUB. Setiap 2-3 bulan sekali kelab ini akan membuat aktiviti menaiki keretapi ke mana-mana destiansi yang di rancang.

Beliau kirimkan 2 gambar di bawah dan yop paparkan di sini untuk pengetahuan bersama. Gambar stesyen keretapi Ipoh dulu dan sekarang;

Sebelum 2008

sekarang

Gambar-gambar lain boleh di lihat di: http://www.ktmrailwayfan.com/pics/