Setiap kali ada majlis kenduri kahwin, abah selalu diminta bernyanyi. Abah membalut mikrofon dengan sapu tangan. Abah memakai cermin mata hitam. Dan abah akan menyanyikan lagu 'SRI MERSING". Akhirnya, abah masyhor dengan gelaran 'Am Sri Mersing'.

Selasa, 31 Mac 2009

Adik Beradik Mak

Sawiyah adalah emak kami. Dia anak kelahiran Kampung Slim. Satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Nawi dan Lin. Emak ada seorang abang dan 2 orang adik;

1. Zaidon bin Nawi
2. Sawiyah ( mak )
3. Roslan bin Nawi
4. Ahmad bin Nawi

Zaidon atau Pak Long telah kematian isteri pertama dan kini tinggal bersama isteri kedua.

Roslan atau Cik Lan tinggal di rumah pusaka Opah. Di rumah inilah aku akan singgah jika balik ziarah keluarga mak.

Ahmad atau Cu tinggal di KL dan kini mempunyai hampir sepuluh ( aku tak ingat jumlah sebenar ) anak-anak yang kebanyakannya berjaya di bidang akademik.

Aku amat menghormati mereka semua ini. Merekalah yang telah banyak membantu dan membimbing aku sedari kecil hingga dewasa begini