Isnin, 28 November 2011

Ikan Fatimah

Bila dengar banjir melanda Pantai Timur ni Yop teringat masa tahun 60an. Rumah Yop memang selalu kena banjir atau bah sebab tanah rendah. Bila laman dah bah tak dapat le nak main-main dengan kawan-kawan.

Rumah Yop dengan rumah Alin (anak sulong Wan Biah) tak jauh sangat. Masa tu rumah deme menghala ke kebun Cina Uban.

Kadang Yop dengan Alin lawan bernyanyi. Dan lagu yang sempat Yop ingat ialah lagu Oh Fatimah. Punya le minat lagu tu sampai ikan guppy yang Yop bela pun Yop panggil ikan Fatimah.

Sabtu, 5 November 2011

Andak

Foto 1980 - abah memang pandai posing bila mengadap kamera.
tertera tulisan S.A Amri - agaknya nama glamour abah le tu!

Kebanyakan saudara-mara memanggil abah dengan nama 'Am". Tapi lain pula dengan mak yang selalu memanggil abah dengan panggilan 'Andak'. Ntah dari mana panggilan ni timbul, Yop pun tak tahu.

Yop masih ingat; Jama ( sepupu Yop, anak Ayah Co) selalu perli Yop masa kami bermain-main bersama di waktu kecil dulu.

"Oh Andak!" sambil mengikut aksi cerita-cerita bangsawan dulu.

Teringat nak tanya mak bila balik kampung tapi bila dah duduk depan mak, lupa pulak semuanya tu.

Apapun, abah Yop adalah Abah yang terbaik di dunia ini. Tak banyak ragam dan tak banyak bising. Pada Abah, kalau duit tinggal RM100 dalam poket, dia akan hempas pulas mencari tambahan. Tak macam Yop, poket dah kosong pun masih rileks jer...