Ahad, 27 September 2009

'abah'?

Semasa Yop menghadiri majlis perkahwinan saudara Yong di Dewan Sri Pinang beberapa bulan lalu Yop seperti tidak percaya bahawa 'abah' duduk tak jauh dari meja Yop. Beberapa kali Yop amati ... memang orang itu saling tak tumpah wajah abah. Lebih-lebih lagi bila di pandang dari tepi.


Yop cuba beranikan diri berjumpa dengan 'abah' dan meminta izin untuk ambil gambar. Memang sah dia bukan abah sebenar Yop sebab dia datang dari Perlis dengan keluarganya. Dia adalah saudara kepada pengantin sebelah perempuan yang isteri kepada pengantin lelaki, saudara Yong.

Aduhai ... dunia ni memang kecik bebenor yer...