Memaparkan catatan dengan label Fuziyatun Adawiah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fuziyatun Adawiah. Papar semua catatan

Isnin, 27 Jun 2011

Tuhan Itu Di Atas Langit Ke, Opah?

Balik kampung, ziarah Mak semalam. Acu yang berumur 4 tahun meragam. Agaknya sebab tak dapat ikut Duyah bersama Niza, Matun dan Kedek pergi KL tengok Kida.

Mak tegas suruh Acu balik dan tukar baju. Pakai baju tebal-tebal pasal apa, leter Mak. Acu pun balik dan kembali dengan memakai baju lain. Kemudian Mak suruh Acu makan roti canai bersama kami. Hari yang tadinya asyik berangin dan gelap mulai kilat dan guruh.

Sambil makan Acu bertanya satu soalan. Soalan yang kalau ditanya pada Yop, Yop pun tak tahu nak jawap macam mana.

"Opah, Tuhan tu duduk di atas langit, kan. Tuhan tu tak kena kilat ke, Opah?"

"Tuhan tu ada dekat dengan kita. Dekat Acu duduk ni pun ada Tuhan. Cuma kita aje yang tak nampak dia. Sebab itu kamu kena makan sebab Tuhan nampak kamu. Tuhan tahu kamu tu lapo. Haaa.... makan kenyang-kenyang, ya.."

Soalan macam ni memang popular. Masa Yop kecik-kecik dulu pun biasa kawan-kawan Yop bertanya dengan soalan yang lebih kurang macam ni.

"Deme tu bebudak. Jadi kita kena pandai menjawapnya cara bebudak" ujar Mak bila aku ketawa mendengar jawapan killer mak. Acu diam sambil memakan roti canai yang dibeli oleh adik pagi tadi.

Ahad, 5 April 2009

Fuziyatun Adawiah


Aku ada 8 adik dan ini adalah yang ke5. Seorang yang pendiam dan adik yang paling cun semasa kami masih remaja dulu. Kini dia telahpun bersuami bernama Zamri dan mempunyai 3 anak lelaki dan 2 anak perempuan. Aku memanggilnya dengan nama Duyah.


Dialah yang menjaga mak yang separa lumpuh sekarang ( disamping pengorbanan adik-adik lain ). Dialah yang memandikan mak, menjaga makan minum dan tidur mak. Dia sanggup berhenti kerja semata-mata hendak menjaga mak walaupun sebenarnya telah ada orang lain yang sanggup menjaga. Begitu besar pengorbanannya. Dia sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga mak sekaligus merebut keredhaan Allah.

Aku pernah berkata padanya;

" Jika kamu taat pada Allah dan pada suamimu, senang-senang kamu akan masuk syurga kerana hari ini kamu telah berkorban menjaga mak! "