Setiap kali ada majlis kenduri kahwin, abah selalu diminta bernyanyi. Abah membalut mikrofon dengan sapu tangan. Abah memakai cermin mata hitam. Dan abah akan menyanyikan lagu 'SRI MERSING". Akhirnya, abah masyhor dengan gelaran 'Am Sri Mersing'.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Maafkanlah

Semasa layari blog kawan-kawan, Yop terjumpa lagu ini. Segera Yop teringat akan arwah adik Yop bernama Muhammad Nor atau sekeluarga Yop panggil dia Kia'. Yop pernah ceritakan sebelum ini kisahnya.

( sila off butang lagu di sidebar jika nak mainkan klipvideo ini )

Kia' duduk di atas riba abah.Foto ini sekitar tahun 70an.

Kia' bila dengar lagu ini akan menggoyang-goyangkan kepalanya sambil tersenyum melirik. Senyum seorang kanak-kanak memang manis dan suci.

Di masa itu kia' masih merangkak dan belajar duduk.Pusaranya Yop tak ingat di mana. Tapi yakinnya di kawasan perkuburan Masjid Al Khairiah, Kg Kepayang. Al fatihah buat Kia'...!

p/s: klik di sini untuk catatan lain tentang Kia'

Ahad, 3 Oktober 2010

Jamuan Hari Raya SK Seri Kepayang

Semasa ziarah blog Kodok Manja, terpandang foto ini:


Yop ada dijemput melalui laman FaceBook untuk menghadiri majlis ini tapi Yop tak dapat hadir sebab keadaan isteri Yop yang tak mengizinkan. Lagipun yop terpaksa hadir Mesyuarat Tahunan Jamaah Islah Malaysia yang mana kehadiran Yop amat diperlukan.

Yop pasti tentu ada kawan-kawan Yop yang datang. Dan tentu di antaranya yang dah jadi YB kalau tidak pun OK ( orang kaya ).

Tahniah pada AJK program yang berusaha merealisasikan program silaturrahim ini. Yop harap akan dapat hadirinya di masa akan datang.