Memaparkan catatan dengan label sekeluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekeluarga. Papar semua catatan

Ahad, 25 November 2018

Santai Famili Sri Mersing

Yop mendapat kiriman video dari anak saudara di bawah...


Agaknya mereka sengaja buat BBQ bersama keluarga yang ada di depan rumah arwah Niza. Bagus sebenarnya program santai begini dalam mengeratkan silaturrahim sesama anak saudara dan ibubapa saudara. 

Yop jarang sekali dapat bersama mereka dalam hal-hal begini disebabkan kekangan istri. Tak mengapalah... itu semua Yop simpan di dalam 'peti besi' di diri Yop sendiri.

Tak sangka pula Mamat boleh bermain gitar. Ini mengingatkan Yop semasa remaja dulu pernah membeli gitar konon nak belajar sendiri. Yop terpengaruh dengan Lan, kawan baik Yop yang tinggal di Manjoi. Akhirnya, gitar entah ke mana. Lan terus pandai bermain gitar dan akhirnya menubuhkan band sendiri yang dinamakan Revolusi dan sempat membuat satu album.

Lan ( no 2 dari kanan )

Apapun, Yop bangga dengan keluarga Yop yang mempunyai sikap saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Selasa, 12 Februari 2013

Allahyarham Adik-Adik

Balik kampung semalam, Yop sempat mengorek kisah silam tentang 2 orang adik Yop yang dah meninggal. Adik no 2 bernama Nur Ainun dan yang ke 8 bernama Muhammad Nur. 

Urutan adik beradik kami seperti di sini:

1.  Abu Hanifah
2.  Nur Ainun (meninggal ketika usia 2 bulan setengah)
3.  Abi Hurairah
4.  Alimatun Saadiah
5.  Haniza
6.  Muhammad Hanafiah
7.  Fuziyatun Adawiah
8.  Darul Azahar
9.  Muhammad Nor (meninggal ketika usia 2 setengah tahun)
10. Muhammad Firdaus
11. Nur Syukrida Murnira

Cerita mak lagi - kematian Muhammad Nur atau kami panggil Kia' memberi kesan agak mendalam pada mak.

Melihatkan mak agak sedih, Wan Biah menasihatkan pada mak dan abah supaya melahirkan anak untuk 2orang lagi. Takdir Tuhan, mak dikurniakan dengan 2 orang lagi anak. Dan 2 orang anak itu mak mengambil sempena nama Nur untuk Nur Syukrida dan Muhammad pada Muhammad Firdaus.

Yop masih ingat wajah Muhammad Nor tapi tidak pada Nur Ainon. Mungkin sebab masa itu Yop pun berhingus lagi.

Jumaat, 2 September 2011

Macam-Macam

Foto-foto ini Yop salin dari laman Facebook mereka. Sekadar merenung hakikat cara hidup 2 fasa usia yang berbeza.


Anak Teruna
Foto dari sini


Anak Gadis
Foto dari sini


Mak
Foto dari sini

Beraya di kampung memang meriah. Lebih meriah dari beraya di kota. Yop sempat beRaya di rumah Wan Biah dengan Kedek. Seperti biasa, Wan Biah lebih suka selitkan falsafah hidup ala Tasauf dalam perbualannya.

Isnin, 27 Jun 2011

Tuhan Itu Di Atas Langit Ke, Opah?

Balik kampung, ziarah Mak semalam. Acu yang berumur 4 tahun meragam. Agaknya sebab tak dapat ikut Duyah bersama Niza, Matun dan Kedek pergi KL tengok Kida.

Mak tegas suruh Acu balik dan tukar baju. Pakai baju tebal-tebal pasal apa, leter Mak. Acu pun balik dan kembali dengan memakai baju lain. Kemudian Mak suruh Acu makan roti canai bersama kami. Hari yang tadinya asyik berangin dan gelap mulai kilat dan guruh.

Sambil makan Acu bertanya satu soalan. Soalan yang kalau ditanya pada Yop, Yop pun tak tahu nak jawap macam mana.

"Opah, Tuhan tu duduk di atas langit, kan. Tuhan tu tak kena kilat ke, Opah?"

"Tuhan tu ada dekat dengan kita. Dekat Acu duduk ni pun ada Tuhan. Cuma kita aje yang tak nampak dia. Sebab itu kamu kena makan sebab Tuhan nampak kamu. Tuhan tahu kamu tu lapo. Haaa.... makan kenyang-kenyang, ya.."

Soalan macam ni memang popular. Masa Yop kecik-kecik dulu pun biasa kawan-kawan Yop bertanya dengan soalan yang lebih kurang macam ni.

"Deme tu bebudak. Jadi kita kena pandai menjawapnya cara bebudak" ujar Mak bila aku ketawa mendengar jawapan killer mak. Acu diam sambil memakan roti canai yang dibeli oleh adik pagi tadi.

Ahad, 30 Januari 2011

Gotong Royong Demi Mak Su

Dari diskusi di lama sosial Facebook KeluargaOpah, Yop dapat tahu gotong royong akan di adakan di kampung sempena menyambut adik ipar baru. Yop tak lepas peluang ini untuk bersama adik-adik dan anak buah untuk sama-sama menyinsing lengan.

Yop dilantik sebagai mandor sesuai dengan umur Yop yang dah petang ni. Adik dan anak buah jadi pekerja.

Panik juga bila sampah yang dibakar menyambar pokok pisang berhampiran. Rupanya, bahan sisa Thermo Plastic itu mudah bakar dan besar apinya. Nasib baik 'para bomba' tak bertauliah cekap memadam kebakaran. Yop suspen juga sebab kenangan lama masih memfobia fikiran Yop.











Gotong royong sesi ke akan di adakan pada Jumaat 4 hb. Ini semua demi Mak Su Kida.

Sabtu, 3 April 2010

Keluarga Amri

Yop tidak ada ilham hendak tulis apa sedangkan blog ini lama tidak diisi. Cuma Yop tetiba teringatkan adik-adik Yop.

1. Abi Hurairah - kini di Shah Alam, Selangor
2. Alimatun Saadiah - kini di Lahat, Perak
3. Haniza - kampung
4. Mohd Hanafiah - kampung
5. Darul Azhar - Kulim, Kedah
6. Fuziyatun Adawiah - kampung
7. Mohammad Firdaus - Klebang, Perak
8. Nursyukrida Murnira - Kuala Lumpur

Muga mereka semua sihat dan bahagia...

Rabu, 1 April 2009

Foto Sekeluarga

Gambar ini di ambil semasa Hari Raya 2008. Tiada dalam gambar cuma aku dan Matun. Aku tak dapat balik kampung sebab isteriku baru saja di serang angin ahmar. Matun mungkin kerana gilirannya beraya di rumah mertua.
Sayu hatiku bila pertama kali menatap gambar ini. Tidak sepatutnya aku tidak bersama mereka bergambar sesama sebagai kenangan di Hari Raya.









Kiri: Kedek, Duyah, Napi, Ja, Mamat, Kida, Darul