Memaparkan catatan dengan label Napi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Napi. Papar semua catatan

Ahad, 8 September 2019

Echa 8 Tahun

Hari ini hari ulang tahun ke-8 Echa, anak Napi/Ina. Anak mereka yang paling bongsu jauh ditinggalkan oleh kakak dan abahnya yang sudah pun meningkat ke usia remaja.

Namun, ada anak kecil ini memang lain juga. Penghibur hati mak-abah dan kakak-abang di kala letih dan duka.

Yop rakamkan foto-foto semasa keraian hari ulangtahun Echa oleh  keluarga Echa sebagai khutubkhanah Sri Mersing.








Khamis, 17 Disember 2015

Meran Juara Futsal

Kampung Yop baru saja dapat gelanggang futsal atas pemintaan ramai anak muda. Permintaan itu agak lama. Mungkin sekarang baru dapat peruntukan.

Ahad lepas, Meran (anak lelaki bongsu Napi) menyertai pertandingan futsal anjuran kampung. Dia menjadi penjaga gawang.

Yang nak ketawa tu, dia boleh balik ke rumah sedangkan perlawanan sedang berlansung (giliran pasukannya berlawan mungkin belum tiba lagi). Bila tiba-tiba kawannya datang ke rumah memanggil sebab gilirannya dah sampai, kelam kabut dia turun dari rumah dan ke sana ke mari mencari sesuatu.

"Kamu cari apa?"

"Cari kasut..."

Mula Yop tak tahu pun yang dia nak cari itu kasut bola. Yop perasan ada sepasang kasut getah warna merah di depan pintu bilik mak. Tapi katanya itu bukan kasut dia.

"Eh, aku ada bawa kasut balik ke tadi?... Arghh... tak de la. Aku tinggal kan kat sana" ujarnya pada kawannya dan bergegas membonceng basikal. Yop dan adik ipar - Shah dan Ina tepuk dahi melihatkan kelam kabut si Meran.

Masa Yop memandu hendak balik ke Penang, ternampak pasukan Meran sedang bermain. Sempat melihat Meran menyelamatkan satu tendakan ke arah gol oleh pasukan lawan. Boleh tahan juga budak ni, fikir Yop.

Rupanya, itu pertandingan akhir dan pasukan Meran berjaya menjadi juara. Malah, Meran telah dinobatkan sebagai penjaga gawang terbaik.




Tahniah... Meran. Cantik hadiah beg sekolah tu. Tambah koleksi piala kat almari Tok Amri, ya...

Rabu, 13 November 2013

Napi

Yop dapat sms dari Napi tadi. Dia minta doakan agar kesihatannya baik.

Heran juga Yop. lain macam bunyinya. Bila Yop call dia, baru Yop tahu keadaan dirinya.

Terasa mahu segera balik kampung untuk jengah diri Napi tapi apakan daya. 

Apa-apa pun Yop doakan agar dia dijauhi dari sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Dimasa ini rasanya Napi perlukan sokongan kuat samada dari abang/kakak dan adiknya, mahupun dari isteri dan anaknya.

"Yop, sori la. Saya rasa tak larat. Nak baring rasanya." Napi memendekkaan perbualan talipon dengan aku tadi.

Ahad, 14 Julai 2013

Pucuk Ubi Kayu


Napi

Dalam banyak-banyak kelahiran adik-adik Yop; yang paling Yop ingat ialah Napi. Ada 2 peristiwa yang masih terpateri kuat di fikiran Yop. Satunya agak lucu tapi yang satu lagi agak memedihkan jika dikenang kembali.

Biar Yop imbas peristiwa yang lucu. Yang memedihkan jiwa raga tu... nantilah Yop timbang-timbang. Kalau sesuai Yop tulislah kisah tu nanti. Kalau sebaliknya biarlah ianya bekubur bersama hayat Yop.

Mak melahirkan Napi di Hospital Ipoh (bukan Hospital Tuanku Bainun tapi hospital lama). Tinggallah Yop menjaga adik-adik. Bila selesai urus adik Yop akan pergi tengok mak di hospital.

Satu hari tu, selepas Yop dah memasak untuk tengahari dan bagi makan adik-adik ( masa itu adik-adik Yop ialah Kedek, Matun, Niza dan Duyah ), Yop bekalkan sikit nasi dan sayur untuk dihantar kepada mak di hospital. Yop tak ingat apa-apa pun dan tak perasan apa-apa pun tentang sayur yang Yop masak itu. Yang Yop tahu, Yop dah masak dan perlu bagi mak yang masa tu dah bersalinkan Napi. Yop ingat ok la tu!

Mana tau, rupa-rupanya di satu hari; selepas mak dah keluar dari hospital dan berada di rumah di ziarahi oleh jiran; Yop terdengar mak bercerita pada mereka;

"Kamu tahu si Ta'a (gelaran Yop masa kecil) tu... di hanto nya aku gulai pucuk ubi masa aku di hospital. Mana aku boleh makan. Pucuk ubi tu angin..."

Ha.. ha.. ha... Mana le Yop tahu ada sayur yang boleh makan dan tak boleh makan sebab angin. Yop pun bila dah kahwin ni aje tahu pasal angin dalam badan ni.

Ini satu pengajaran yang cukup berguna buat Yop selepas itu. Bukan semua sayur itu baik untuk semua orang.