Khamis, 17 Disember 2015

Meran Juara Futsal

Kampung Yop baru saja dapat gelanggang futsal atas pemintaan ramai anak muda. Permintaan itu agak lama. Mungkin sekarang baru dapat peruntukan.

Ahad lepas, Meran (anak lelaki bongsu Napi) menyertai pertandingan futsal anjuran kampung. Dia menjadi penjaga gawang.

Yang nak ketawa tu, dia boleh balik ke rumah sedangkan perlawanan sedang berlansung (giliran pasukannya berlawan mungkin belum tiba lagi). Bila tiba-tiba kawannya datang ke rumah memanggil sebab gilirannya dah sampai, kelam kabut dia turun dari rumah dan ke sana ke mari mencari sesuatu.

"Kamu cari apa?"

"Cari kasut..."

Mula Yop tak tahu pun yang dia nak cari itu kasut bola. Yop perasan ada sepasang kasut getah warna merah di depan pintu bilik mak. Tapi katanya itu bukan kasut dia.

"Eh, aku ada bawa kasut balik ke tadi?... Arghh... tak de la. Aku tinggal kan kat sana" ujarnya pada kawannya dan bergegas membonceng basikal. Yop dan adik ipar - Shah dan Ina tepuk dahi melihatkan kelam kabut si Meran.

Masa Yop memandu hendak balik ke Penang, ternampak pasukan Meran sedang bermain. Sempat melihat Meran menyelamatkan satu tendakan ke arah gol oleh pasukan lawan. Boleh tahan juga budak ni, fikir Yop.

Rupanya, itu pertandingan akhir dan pasukan Meran berjaya menjadi juara. Malah, Meran telah dinobatkan sebagai penjaga gawang terbaik.




Tahniah... Meran. Cantik hadiah beg sekolah tu. Tambah koleksi piala kat almari Tok Amri, ya...

Tiada ulasan: