Ahad, 13 Disember 2015

Kenduri Kesyukuran... 2

Anak Kida - Wafa yang asyik dengan gajet

Matun dan Kida berpakat untuk berkongsi rasa syukur atas rezeki yang Allah kurniakan. Matun dapat keluarkan wang 50 tahun sementara Kida berjaya dalam peperiksaan kepolisiannya baru-baru ini.

Kebiasaan keluarga Yop sejak dari zaman abah masih hidup, selalu membuat kenduri tahlil. Kali ini tradisi itu di teruskan dengan membuat kenduri kesyukuran semalam.

Di kampung memang tak susah nak buat kenduri. Kawasan laman luas. Adik-adik perempuan Yop pula ramai. Anak-anak saudara dah besar-besar dan ringan tulang untuk diminta tolong buat kerja. Jadi... tak perlu katering. Masak secara gotong royong lebih meriah dan merapatkan silaturahim.

Di kampung juga tak susah jika nak jemput Pak Imam bacakan doa dan jiran untuk sama-sama meraikan. Nama mak dan abah memang dah cukup dikenali dan dihormati oleh orang kampung.

Inilah untungnya duduk di kampung. Laman rumah luas untuk didirikan 2 buah kemah. Napi ada cukup peralatan untuk memasak. Adik-adik dan ipar perempuan ada ramai untuk menjadi cef.

Tiada ulasan: