Setiap kali ada majlis kenduri kahwin, abah selalu diminta bernyanyi. Abah membalut mikrofon dengan sapu tangan. Abah memakai cermin mata hitam. Dan abah akan menyanyikan lagu 'SRI MERSING". Akhirnya, abah masyhor dengan gelaran 'Am Sri Mersing'.

Isnin, 1 Januari 2018

Cicit Abah & Mak

Selamat menyambut tahun baru 2018.

Yop taklah teruja sangat dengan sambutan tahun baru kerana ianya tiada kena mengena dengan Islam malah adalah budaya orang kafir.

Apapun, blog ini dah memasuki tahun ke 11. Melihat kepada jejak perjalanan blog ini seperti tak percaya cepatnya masa berlalu bersama peristiwa suka duka. Yop harap tangan ini akan tetap terus istiqamah menulis walaupun tak seberapa kerapnya.

InsyaAllah, bulan Mac nanti akan lahir cicit ke tiga Mak dan Abah. Ramai yang mengagak ianya adalah lelaki namun kita lihatlah nanti kebenarannya sebaik sahaja dia lahir ke dunia.

Cicit Opah ini kesemuanya lahir di awal tahun.

Ini adalah cicit yang pertama... DHIYA MARISSA. Akan memasuki tadika tahun 2 esok. Tahun depan akan memasuki sekolah Tahun 1.


Yang ini cicit ke 2... DHIYA QAISARA.

Selalunya dalam sesuatu keluarga akan ada seorang anak yang 'kelakar' karektornya. Dalam keluarga Yop, yang kelakar adalah ayah Dhiya. Di dalam keluarga ayah Dhiya, penceria suasana adalah Qaisara. Bila bercakap menggunakan bahasa baku.

Tahun ini Dhiya Qaisara akan mula memasuki tadika yang sama seperti kakaknya.




Ini pula adalah bakal cicit ke 3. Dijadualkan lahir pada Mac nanti. Kata mama Dhiya, yang ke 3 ini mungkin pemalu orangnya.

Kalau betul la pemalu, cicit ini rupanya akan mewarisi salah satu sifat Tok Ayah dia masa kecil dulu.

Jadila... ada seorang  yang ikut sikap Yop masa kecil dulu walaupun ianya taklah berapa bagus bagi seorang lelaki tetapi itu adalah osem, bakal jadi rebutan ramai aweks nanti!


Khamis, 25 Mei 2017

Perkarangan Rumah Yop

Paparkan klip video yang dimuatnaik oleh anak saudara Yop - Amin tentang gajet baru yang dinamakan Flying Minion. Harga pasaran ialah RM40.


Tapi sebenarnya yang Yop nak kongsikan ialah latarbelakang lokasi video ini dibuat ialah di perkarangan rumah Yop. Yang masih lagi belum tercemar dengan urbanisasi. Rumah, laman, tumbuhan... masih seperti dulu. Penuh tradisi dan hijau. Hasil tangan abah masih kekal tak berusik.

Entah bila semua ini dapat dipertahankan lewat masa yang semakin rakus menarah alam semulajadi menjadi hutan batu...

Ahad, 5 Mac 2017

Perginya Seorang Lagi Lagenda Kampung Kepayang


Semalam, Yop dikejutkan dengan berita kematian Inderasuraya Buman, anak jati Kampung Kepayang sekitar waktu Maghrib. Sebab kematian tidak pula Yop ketahui.

Lebih mesra dipanggil Indra, dia sebaya dengan Napi dan cucu kepada Nik Tekah. Yop tidaklah rapat sangat dengan dia. Jadi, Yop tak retilah nak cerita perihal latarbelakangnya.

Rumah dia terletak di belah olak kampung. Belah olak ni memang dikenali dengan kalangan orang kuat kampung. Ketua kampung dan imam masjid kebanyakannya tinggal
di sini.

Tapi Indera ini memang istimewa sikit. Namanya dikenali dek keistimewaan dia itu. Yop mula berhubungan dengan dia sejak ada facebook ni sahaja.

Awal pagi semalam ada kematian juga yakni Haji Hambali bin Mahmud,  adik kepada mantan ketua kampung, Mambi seawal 1.20 pagi.

Pendekata semalam,  kampung ini kehilangan 2 orang lagenda sekaligus!

Innalillah...

Muga Allah sediakan mereka Syurga Firdaus...