Isnin, 28 Jun 2021

Mak

 Dapat berita bilik mak ada tanda tanda dimasuki ular. Kesan tinggalan kulit dan rangka tikus terjumpa di kawasan lantai. 

Mamat dan Duyahlah yang terpaksa menyelongkar lantai bilik mak yang dibuat dari papan tinggi . 

Bukan mustahillah kalau binatang menjalar dan merayap ini boleh masuk ke bilik mak sebab kawasan lembab, sejuk dan berumput serta tak jauh dari semak. Dekat pula dengan longkang besar.



                                                     keadaan lantai bilik mak selepas di punggah keluar tikar getah



kesan kulit ular

Harap harap tidak apa yang tidak diingini berlaku pada emak yang dah 10 tahun lebih lumpuh sebelah badan dan tinggal bersaorangan di rumah pusaka ini. Mak tak mahu tinggal dengan anak-anaknya walaupun dah beberapa kali dipujuk. Juga mak tidak mahu anak-anaknya membaikpilih rumah usang ini apatah lahi membina yang baharu. Katanya, biar reput rumah ini namun selagi mak ada mak tak bagi diusik walau sekeping papan. Begitu 'keras' hati mak yang mungkin merasa kenangan bersama abah selama hidup itu amat disayanginya...

Yop rasa kesal sebab tak dapat nak jenguk apatah lagi menjaga emak. Yop terpaksa tumpu kepada Yong di rumah ini. Ditambah pula dengan ujian PKP... dah setahun lebih yop tak jumpa mak...


Memang, Yop terasa amat bersalah dengan mak dan abah dan terasa amat berdosa.

2 ulasan:

Wak Lat berkata...

skrg mak dh takde boleh diubahsuai ikut sesuka hati bilik mak tu kann.,

tp 10 tahun dok sorg diri dgn lumpuh tu camane erk?

insan marhaen berkata...

Mak masih ada. Cuma dah semakin lemah, tak sekuat dulu...