Ahad, 25 November 2018

Santai Famili Sri Mersing

Yop mendapat kiriman video dari anak saudara di bawah...


Agaknya mereka sengaja buat BBQ bersama keluarga yang ada di depan rumah arwah Niza. Bagus sebenarnya program santai begini dalam mengeratkan silaturrahim sesama anak saudara dan ibubapa saudara. 

Yop jarang sekali dapat bersama mereka dalam hal-hal begini disebabkan kekangan istri. Tak mengapalah... itu semua Yop simpan di dalam 'peti besi' di diri Yop sendiri.

Tak sangka pula Mamat boleh bermain gitar. Ini mengingatkan Yop semasa remaja dulu pernah membeli gitar konon nak belajar sendiri. Yop terpengaruh dengan Lan, kawan baik Yop yang tinggal di Manjoi. Akhirnya, gitar entah ke mana. Lan terus pandai bermain gitar dan akhirnya menubuhkan band sendiri yang dinamakan Revolusi dan sempat membuat satu album.

Lan ( no 2 dari kanan )

Apapun, Yop bangga dengan keluarga Yop yang mempunyai sikap saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

Selasa, 11 September 2018

Akif Minat Gitar...

Tadi terbaca di facebook Yop status adik ipar Yop tentang anaknya Akif.

Boleh baca sini:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2054114171275608&id=100000311344210

Akif adalah anak Autism. Memang termaklum Autism adalah salah satu kelompok di dalam kategori LD ( Autisma )

Walaupun mereka kurang di sudut akedamik tetapi Allah kurniakan kelebihan di sudut lain.

Contohnya seperti Leonardo Da Vinci, pelukis Mona Lisa.

Mungkin satu hari Akif akan menjadi pemain gitar profesional macam Hiliary Ng atau Man Kidal, mana tau...


Jumaat, 29 Jun 2018

Blog SRI MERSING berpindah ke FB Page 'SRI MERSING'...

Yop akui sudah jarang menulis di sini. Kehilangan laptop dan ketiadaan internet di rumah menyebabkan minat menulis semakin tumpul.

Bagaimanapun, Yop telah bina sebuah page di FB dengan nama Sri Mersing. Page ini adalah gabungan blog Insan Marhaen dan blog Sri Mersing.

Kalau sudi bolehlah LIKE  pautan ini:

https://www.facebook.com/Sri Mersing-2073727529536845/

Pagi ini mengemukakann aktiviti/info tentang keluarga, peringatan, tentang lagu/nasyid dan apa saja yang baik baik untuk dikongsi bersama.

Jangan lupa turunkan komen selepas membaca,

Jumpa di sana....

cc: hujan-petang.blogspot.com

Isnin, 1 Januari 2018

Cicit Abah & Mak

Selamat menyambut tahun baru 2018.

Yop taklah teruja sangat dengan sambutan tahun baru kerana ianya tiada kena mengena dengan Islam malah adalah budaya orang kafir.

Apapun, blog ini dah memasuki tahun ke 11. Melihat kepada jejak perjalanan blog ini seperti tak percaya cepatnya masa berlalu bersama peristiwa suka duka. Yop harap tangan ini akan tetap terus istiqamah menulis walaupun tak seberapa kerapnya.

InsyaAllah, bulan Mac nanti akan lahir cicit ke tiga Mak dan Abah. Ramai yang mengagak ianya adalah lelaki namun kita lihatlah nanti kebenarannya sebaik sahaja dia lahir ke dunia.

Cicit Opah ini kesemuanya lahir di awal tahun.

Ini adalah cicit yang pertama... DHIYA MARISSA. Akan memasuki tadika tahun 2 esok. Tahun depan akan memasuki sekolah Tahun 1.


Yang ini cicit ke 2... DHIYA QAISARA.

Selalunya dalam sesuatu keluarga akan ada seorang anak yang 'kelakar' karektornya. Dalam keluarga Yop, yang kelakar adalah ayah Dhiya. Di dalam keluarga ayah Dhiya, penceria suasana adalah Qaisara. Bila bercakap menggunakan bahasa baku.

Tahun ini Dhiya Qaisara akan mula memasuki tadika yang sama seperti kakaknya.




Ini pula adalah bakal cicit ke 3. Dijadualkan lahir pada Mac nanti. Kata mama Dhiya, yang ke 3 ini mungkin pemalu orangnya.

Kalau betul la pemalu, cicit ini rupanya akan mewarisi salah satu sifat Tok Ayah dia masa kecil dulu.

Jadila... ada seorang  yang ikut sikap Yop masa kecil dulu walaupun ianya taklah berapa bagus bagi seorang lelaki tetapi itu adalah osem, bakal jadi rebutan ramai aweks nanti!