Sabtu, 31 Julai 2010

Kenangan Sekolah Anderson

Yop bersekolah menengah rendah di SM Anderson. Masa tu aliran Melayu baru bermula. Sebelum ini semua kelas dijalan dalam aliran Inggeris. Pengetuanya adalah seorang Cina. Subjek yang Yop suka masa itu ialah Sains Pertanian.

Selama 3 tahun belajar di sini. Tingkatan 1 hingga 3. Pelajarnya dari semua bangsa. Di sekolah ini juga Yop belajar main ragbi dan berkawad. Yop suka berkawad. Lebih-lebih lagi kawad bervariasi.

Antara guru yang paling popular tentulah Mr Harbans Singh. Guru Bahasa Inggeris. Dia naik kereta Hillman. Kalau tak tahu jawap soalan yang dia tanya, siaplah batang hidung Yop. Kena picit.

Bila sampai sahaja di sekolah, Yop akan pergi ke kantin. Yop suka sangat makan sup fish cake. Masa tu bukan kira hidangan tu halal ke tak. Bersih ke tidak. Kira, kalau sekolah yang sediakan, boleh makan le tu. Masa ni la Yop belajar makan guna chopstick.

Antara kawan-kawan yang masih Yop ingat ialah Ahmad Termizi ( penolong monitor ), Jamaluddin Basri, Ahmad Muzaffar, Kamaruddin Dali, Mok, Yusuf Putih dan Wazir.

Di bawah adalah gambar-gambar Yop bersama kawan-kawan Yop.

.... Tingkatan 1MM2 - 1973. Guru Kelas: Mrs Lee

.... Tingkatan 2MM1 - 1974.Guru: Mr Choo Wan teng

.... Tingkatan 3 - 1975.

Keputusan SRP Yop 11 agregat, pelajar ke3 terbaik aliran Melayu. Terbaik pertama dan kedua adalah pelajar Cina. Kalau nak dikira-kira, keputusan SRP Yop ni terbaik dan boleh masuk sekolah yang bagus sikit. Tapi disebabkan tiada siapa yang boleh tunjukajar Yop, tak kemana le melainkan sambung elajar di Sekolah Menengah Raja Chulan.

Gitu le ade nyer...

Ahad, 25 Julai 2010

Ayah Yang

Ini gambar ayah Yang. Namanya Ihsan bin Abdullah Sani. Kekadang, ada juga orang panggil dia Hassan.

Tak pasti le tahun berapa gambar ni di ambil. Tapi kalau tengok gaya tv tu, zaman tv hitam putih. Mak yang duduk di kiri tu pun nampak sihat bebenor lagi.


Ayah Yang ni ialah abang yang paling tua dalam salasilah keluarga abah. Tinggal di Tambun. Kerjanya kalau tak silap Yop sebagai tukang kebun di Hotel City, Ipoh.

Sekarang ini bersama dengan ayah Yang ialah isteri kedua ( kalau tak silap le. kalau silap harap beritahu ). Dengan isteri yang pertama, ayah Yang mendapat 2 orang anak yakni abang Tan dan yong Fuzi. Mereka berdua ni kemudiannya Opah jaga di Kampung Kepayang. Dengan isteri kedua ni mendapat ramai anak bermula dari abang Mat hinggalah ke ..... ( sori, tak ingat le pulak!).

Ayah Yang tak pandai naik motosikal. Jadi kalau datang ziarah keluarga Yop di Kampung Kepayang selalunya naik basikal. Jauh juga nak mengayuh tu. Tapi disebab jalan raya tahun-tahun itu tak berapa sibuk, sampai juga le dia.

Sekarang ni ayah Yang dah uzur sangat. Udah tak boleh naik basikal. Jadi tiba le giliran anak-anak saudaranya ziarah dia di Tambun. Termasuk Yop le tu!

Tapi nampak-nampaknya, Yop pun 2X5 macam ayah Yang juga. Bak kata Os, bukannya maleh tapi dah tak kose....