Sabtu, 31 Julai 2010

Kenangan Sekolah Anderson

Yop bersekolah menengah rendah di SM Anderson. Masa tu aliran Melayu baru bermula. Sebelum ini semua kelas dijalan dalam aliran Inggeris. Pengetuanya adalah seorang Cina. Subjek yang Yop suka masa itu ialah Sains Pertanian.

Selama 3 tahun belajar di sini. Tingkatan 1 hingga 3. Pelajarnya dari semua bangsa. Di sekolah ini juga Yop belajar main ragbi dan berkawad. Yop suka berkawad. Lebih-lebih lagi kawad bervariasi.

Antara guru yang paling popular tentulah Mr Harbans Singh. Guru Bahasa Inggeris. Dia naik kereta Hillman. Kalau tak tahu jawap soalan yang dia tanya, siaplah batang hidung Yop. Kena picit.

Bila sampai sahaja di sekolah, Yop akan pergi ke kantin. Yop suka sangat makan sup fish cake. Masa tu bukan kira hidangan tu halal ke tak. Bersih ke tidak. Kira, kalau sekolah yang sediakan, boleh makan le tu. Masa ni la Yop belajar makan guna chopstick.

Antara kawan-kawan yang masih Yop ingat ialah Ahmad Termizi ( penolong monitor ), Jamaluddin Basri, Ahmad Muzaffar, Kamaruddin Dali, Mok, Yusuf Putih dan Wazir.

Di bawah adalah gambar-gambar Yop bersama kawan-kawan Yop.

.... Tingkatan 1MM2 - 1973. Guru Kelas: Mrs Lee

.... Tingkatan 2MM1 - 1974.Guru: Mr Choo Wan teng

.... Tingkatan 3 - 1975.

Keputusan SRP Yop 11 agregat, pelajar ke3 terbaik aliran Melayu. Terbaik pertama dan kedua adalah pelajar Cina. Kalau nak dikira-kira, keputusan SRP Yop ni terbaik dan boleh masuk sekolah yang bagus sikit. Tapi disebabkan tiada siapa yang boleh tunjukajar Yop, tak kemana le melainkan sambung elajar di Sekolah Menengah Raja Chulan.

Gitu le ade nyer...

3 ulasan:

pakcik zam berkata...

Salam yeop. Nak tanya sikit. Form teacher masa yeop form 1 tu tinggal di sek vokasional depan anderson tu kan. Husband dia mengajar sana. Kan? Saya em4 1974.

insan marhaen berkata...

Tak ingat la...

sarip dol berkata...

Salam yop. Yg mana satu yop. Saya dlm gambo form 1 tahun 73.. barisan belakan no 6 Dari Kanan.