Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Selasa, 6 September 2011

Kenduri Kahwin Di Kg Kepayang

Yop paparkan tulisan dari blog kawan baik Yop - Jendela Hati tentang kehadiran mereka di kenduri kahwin Mamat tahun 2008.

....................................................................................................................


"Kemeh juge Kampung Kepayang dema nie Yop weh siap dengan pintu gerbangnye. Tentu mike-mike di sini terasa bangge. Biar pape asalkan bergaye tu Yop. Iyoolah"

Aku bergegas dari Tapah menuju ke Ipoh pagi tadi kerana telah berjanji dengan sahabatku Ahmad Baharudin atau lebih dikenali dengan Mat Bihun Sup untuk bersama ke kenduri perkahwinan adik sahabat kami ‘hafinah’. Kami bercadang bertemu di JUSCO berhadapan dengan JPJ Ipoh. Walaupun aku telah beberapa kali ke Kampong Kepayang ini namun masih meraba-raba apabila tiba di Ipoh ini. Ini memang kelemahan aku selalunya tidak dapat mengingat baik jalan atau tempat yang pernah aku lalui. Aku pernah belajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh ini pada tahun 1979 hingga 1981, tetapi itu dahulu sekarang jalan-jalannya telah banyak sekali berubah.

Ramai juga tetamu yang datang, nyaris-nyaris tidak makan berdiri. Hidangan memang 'best' perut pun 'lapoor'. Teman lantak betul-betul.

Sampai ke rumah kenduri, hafinah tiada kerana mengambil Ibu_Suri. Aku berbual-bual dengan Along (Ahmad Azhar) dan Angah (Ahmad Firdaus) anak-anak hafinah. Majlisnya meriah ramai jemputan hadir. Tirai-tirai di khemah tetamu berwarna kuning, hafinah ini ada keturunan diraja ke ? Tetapi kedua-dua mempelai belum tiba dari rumah pengantin perempuan di Pulau Pinang.

Dari kiri; Angah, Along, Saiful, Ida dan Syuhadah di Kampong Kepayang, Ipoh. Gendang gendut tali kecapi kenyang perut tak boleh balik lagi.

Aku berharap kehadiranku ini bersama Ida, Syuhadah dan Saiful dapat memberi gambaran bahawa bertapa kami sekeluarga merasa besar hati dengan jemputan ini. Mudah-mudahan ianya menjadi satu petanda yang hubungan kami dengan keluarga hafinah tetap erat. Mudah-mudah Allah SWT memberkati hubungan ini dan semoga keluarga hafinah dikurniakan sebaik-baik kesejahteraan.

2 November 2008, Rusli Hashim.

Selasa, 31 Ogos 2010

Kejayaan Tajul Azwa

Tiba-tiba Kedek hantar emel kat Yop tanya samada kenal tak dengan Tajul Azwa anak kepada bani hashim yang tinggal di Kepayang Olak. Err... sorry la. tak ingat Yop. Lagi pun, keluarga Bani Hashim ni memang bukan kawan sepermainan.

Yop cuba juga cari-cari fotonya dari laman sesawang. Bila terjumpa, sah....... Yop tak kenal..Tapi, mengenangkan beliau adalah anak jati Kampung Kepayang, Yop letakkan ke dalam entri ini sebagai penghargaan pada kejayaan beliau.

Encik Tajul Azwa Bani Hashim

Dengan perlantikan Puan Nik Airina sebagai Pengarah Urusan Opus Group Berhad, Encik Tajul Azwa Bani Hashim akan mengambil-alih tugas beliau dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi, PLUS Expressways Berhad berkuatkuasa 1 Oktober 2010. Encik Tajul is currently the Chief Executive Officer of PROPEL, a position he held since July 2007.


Encik Tajul started his career in UEM Group at PEB in February 1989 as Senior Systems Analyst and rose to the position of General Manager, Operations Division. Beliau kemudiannya ditukarkan ke Faber Medi-Serve Sdn Bhd (FMS) sebagai Pengarah Urusan pada Januari 1997.


Encik Tajul memperolehi Ijazah BSc. Mathematics from University of Tasmania, Australia dan Ijazah BSc. Information Science dari universiti tersebut. Sebagai Pengarah Urusan PROPEL, beliau telah dapat melaksanakan beberapa inisiatif seperti increased departmental awareness of managing Balance-Sheet items, with the objective to promote more productive utilisation of assets; better management of inventories, hasten claims and collection processes in order to gain more efficient use of capital. With his creativity, he had introduced an in-house assembled robotic flagman, made modifications to patrolling vehicles, etc.


His ideas had prompted his staff to generate, explore and implement new ideas towards improving productivitiy, quality and safety of services. As a result of his effort to secure an infrastructure maintenance contract in Abu Dhabi, UAE commencing in 2009, the Company managed to reduce over-reliance on a single customer by promoting the business to “external” customers. Under his leadership, PROPEL’s subsidiary, Soil Centralab Sdn Bhd has been awarded the prestigious 21 International Construction Award (New Millenium Award) in 2009 by Editorial Office of Trade Leader’s Club in Madrid for its in-house state-of-the-art testing lab and facilities.


Whilst in FMS, from the takeover date of privatization of hospital support services at 72 (later grew to 78) hospitals from the Ministry of Health, he was responsible for setting the vision, strategy, objectives and the overall management of action plans in undertaking the facilities management at the public hospitals distributed over 6 states in Malaysia. He was also responsible to address over-reliance on the concession by pursuing business from private hospitals and overseas. Arguably these efforts have has ensured the success of FMS today.

p/s: Encil Tajul Azwa duduk di tengah, bermisai.

Jumaat, 19 Mac 2010

Keluarga Dukut

Semasa merayau-rayau dalam alam siber mencari maklumat tentang Kampung Kepayang, yop terjumpa bahan ini. Mungkin berguna untuk dikongsi bersama walaupun majlis ini sudah lama berlansung.

Rumah keluarga besar ini tak jauh dari Masjid Kampung Kepayang.

Bila agaknya nak buat himpunan keluarga Abdullah Sani ( bapa kepada abah )?


ARKIB : 27/10/2006
800 ahli keluarga Dukut berkumpul

Oleh ANGELINA SINYANG

IPOH 26 Okt. – Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini amat bermakna bagi keluarga bekas pengasas Kampung Kepayang, Fair Park di sini, Allahyarham Imam Awang apabila kira-kira 800 ahli keluarganya meliputi lima generasi, berkumpul untuk sama-sama menyambut hari lebaran, semalam.

Lebih menggembirakan, pertemuan kali keenam itu membabitkan sanak saudara dari seluruh Malaysia serta luar negara seperti Medan, Indonesia; Sudan, Pakistan dan Brunei.

Usaha mengumpulkan keluarga itu dilakukan oleh Persatuan Keluarga Dukut dan Halijah iaitu waris Imam Awang hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Teh Fatimah.

Zaira Tak yang merupakan cicit kepada Allahyarham berkata, tujuan perhimpunan itu adalah bagi membolehkan mereka berkenalan antara satu sama lain terutama golongan muda keturunan Dukut dan Halijah yang mungkin tidak kenal saudara mara mereka.

Beliau yang bertugas sebagai Pengurus Pemasaran dengan syarikat Coridor Padu K.L memberitahu, usaha mengadakan perjumpaan itu dirancang sejak beberapa bulan lalu dengan menyebarkan maklumat melalui e-mel, sistem pesanan ringkas, telefon dan memberitahu ahli keluarga.

‘‘Perjumpaan bertujuan merapatkan hubungan silaturahim ini mula diadakan pada 1990 dan dilanjutkan selang dua atau tiga tahun sekali,” katanya ketika ditemui pada majlis perjumpaan Keluarga Dukut dan Halijah di Kampung Kepayang, Fair Park, di sini semalam.

Menurut Zaira, hasil perjumpaan kali ini, ahli-ahli persatuan yang hadir bersetuju mengadakan perhimpunan itu selang lima tahun sekali secara tetap agar tidak terlalu membebankan kerana ada antara mereka yang mahu berhari raya di tempat lain bersama keluarga mertua masing-masing.

Ditanya tentang salasilah keturunan Dukut dan Halijah, Zaira berkata, arwah neneknya, Halijah merupakan anak tunggal kepada Imam Awang dengan isteri pertamanya, Teh Fatimah.

Imam Awang yang mengasaskan Kampung Kepayang merupakan seorang pendakwah berasal dari Kelantan.

Beliau yang datang ke Perak pada 1880-an telah berkahwin dengan Teh Fatimah iaitu anak saudara kepada Datuk Panglima Kinta dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Halijah.

Selain Teh Fatimah, Imam Awang turut berkahwin dengan empat wanita lain iaitu isteri keduanya, Halijah; Siti Hajar (isteri ketiga), Wan Teh Rawi (isteri kelima) dan isteri keempat yang tidak dikenali namanya tetapi berasal dari Jerlon, Manong, Kuala Kangsar.

Hasil perkahwinan tersebut, beliau memperoleh lima anak kecuali dengan isteri kelima tidak dikurniakan cahayamata.

Menurut Zaira, beliau bersama tujuh lagi adik-beradiknya yang lain merupakan keturunan Imam Awang dari perkahwinan Halijah dengan datuknya, Dukut Maharajo, seorang pemuda berasal dari Medan.