Memaparkan catatan dengan label Kia'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kia'. Papar semua catatan

Selasa, 12 Februari 2013

Allahyarham Adik-Adik

Balik kampung semalam, Yop sempat mengorek kisah silam tentang 2 orang adik Yop yang dah meninggal. Adik no 2 bernama Nur Ainun dan yang ke 8 bernama Muhammad Nur. 

Urutan adik beradik kami seperti di sini:

1.  Abu Hanifah
2.  Nur Ainun (meninggal ketika usia 2 bulan setengah)
3.  Abi Hurairah
4.  Alimatun Saadiah
5.  Haniza
6.  Muhammad Hanafiah
7.  Fuziyatun Adawiah
8.  Darul Azahar
9.  Muhammad Nor (meninggal ketika usia 2 setengah tahun)
10. Muhammad Firdaus
11. Nur Syukrida Murnira

Cerita mak lagi - kematian Muhammad Nur atau kami panggil Kia' memberi kesan agak mendalam pada mak.

Melihatkan mak agak sedih, Wan Biah menasihatkan pada mak dan abah supaya melahirkan anak untuk 2orang lagi. Takdir Tuhan, mak dikurniakan dengan 2 orang lagi anak. Dan 2 orang anak itu mak mengambil sempena nama Nur untuk Nur Syukrida dan Muhammad pada Muhammad Firdaus.

Yop masih ingat wajah Muhammad Nor tapi tidak pada Nur Ainon. Mungkin sebab masa itu Yop pun berhingus lagi.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Maafkanlah

Semasa layari blog kawan-kawan, Yop terjumpa lagu ini. Segera Yop teringat akan arwah adik Yop bernama Muhammad Nor atau sekeluarga Yop panggil dia Kia'. Yop pernah ceritakan sebelum ini kisahnya.

( sila off butang lagu di sidebar jika nak mainkan klipvideo ini )

Kia' duduk di atas riba abah.Foto ini sekitar tahun 70an.

Kia' bila dengar lagu ini akan menggoyang-goyangkan kepalanya sambil tersenyum melirik. Senyum seorang kanak-kanak memang manis dan suci.

Di masa itu kia' masih merangkak dan belajar duduk.Pusaranya Yop tak ingat di mana. Tapi yakinnya di kawasan perkuburan Masjid Al Khairiah, Kg Kepayang. Al fatihah buat Kia'...!

p/s: klik di sini untuk catatan lain tentang Kia'

Ahad, 12 Julai 2009

Kia'



Itu adalah foto kami sekeluarga. Sudah tentu anak yang paling tinggi duduk di belakang adalah Yop. Rasa-rasanya tika itu Yop masih sekolah rendah sebab berbaju batik. Kanan sekali adalah Kedek. Kemudian Hanapi, adik yang paling bongsu ( nanti aku ceritakan ), Niza, Darul, Duyah dan Matun. Baju Matun dan Duyah mak buat sendiri.

Adik yang bongsu, yang duduk di atas riba abah itu adalah Muhammad Nor. Akan tetapi disebabkan dia suka menangis maka dipanggil Kia'. Sewaktu dia sudah pandai merangkak, dia suka pergi ke tepi tikar getar di rumah. Kalau senyap aje tu, tak lain projeknya ialah menyelak tikar getah. Kemudian mencolek habuk/pasir yang ada dicelah tikar dan memakannya. Tak tahu Yop kenapa dia gemar sangat makan yang itu.

Kalau dia masih hidup Yop agak dia berumur awal 30an. Masih ingat lagi masa itu hujan lebat. Dia demam. Masih terbayang mak meribanya di ruang tengah rumah ( di depan bilik Yop). Mak menangis melihatkan Kia' seperti dalam nazak. Mak panggil Wan Biah minta jampikan sesuatu.

Akan tetapi Allah lebih menyayangi Kia'. Mata Kia' juling ke atas bersama dadanya yang berombak dan akhirnya tidak bernafas lagi. Mak menangis. Yop masa itu hanya melihat suasana yang Yop pertama kali saksikan.

Selain Kia' Yop juga kehilangan seorang adik perempuan bernama Ainon. Kalau dia masih hidup umur nya kini sekitar 46 tahun. Dia kakak kepada Kedek. Aku tak ingat lansung wajah Ainon. Mungkin masa itu aku masih terlalu kecil.

Begitu sejarah di sebalik foto itu. Dan foto itu ada bersamaku di sini. Aku 'seludup' keluar dari rumah mak di kampong tanpa siapa pun mengetahui.