Balik kampung semalam, Yop sempat mengorek kisah silam tentang 2 orang adik Yop yang dah meninggal. Adik no 2 bernama Nur Ainun dan yang ke 8 bernama Muhammad Nur.
Urutan adik beradik kami seperti di sini:
1. Abu Hanifah
2. Nur Ainun (meninggal ketika usia 2 bulan setengah)
3. Abi Hurairah
4. Alimatun Saadiah
5. Haniza
6. Muhammad Hanafiah
7. Fuziyatun Adawiah
8. Darul Azahar
9. Muhammad Nor (meninggal ketika usia 2 setengah tahun)
10. Muhammad Firdaus
11. Nur Syukrida Murnira
Cerita mak lagi - kematian Muhammad Nur atau kami panggil Kia' memberi kesan agak mendalam pada mak.
Melihatkan mak agak sedih, Wan Biah menasihatkan pada mak dan abah supaya melahirkan anak untuk 2orang lagi. Takdir Tuhan, mak dikurniakan dengan 2 orang lagi anak. Dan 2 orang anak itu mak mengambil sempena nama Nur untuk Nur Syukrida dan Muhammad pada Muhammad Firdaus.

Yop masih ingat wajah Muhammad Nor tapi tidak pada Nur Ainon. Mungkin sebab masa itu Yop pun berhingus lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan