Selasa, 6 September 2011

Kenduri Kahwin Di Kg Kepayang

Yop paparkan tulisan dari blog kawan baik Yop - Jendela Hati tentang kehadiran mereka di kenduri kahwin Mamat tahun 2008.

....................................................................................................................


"Kemeh juge Kampung Kepayang dema nie Yop weh siap dengan pintu gerbangnye. Tentu mike-mike di sini terasa bangge. Biar pape asalkan bergaye tu Yop. Iyoolah"

Aku bergegas dari Tapah menuju ke Ipoh pagi tadi kerana telah berjanji dengan sahabatku Ahmad Baharudin atau lebih dikenali dengan Mat Bihun Sup untuk bersama ke kenduri perkahwinan adik sahabat kami ‘hafinah’. Kami bercadang bertemu di JUSCO berhadapan dengan JPJ Ipoh. Walaupun aku telah beberapa kali ke Kampong Kepayang ini namun masih meraba-raba apabila tiba di Ipoh ini. Ini memang kelemahan aku selalunya tidak dapat mengingat baik jalan atau tempat yang pernah aku lalui. Aku pernah belajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh ini pada tahun 1979 hingga 1981, tetapi itu dahulu sekarang jalan-jalannya telah banyak sekali berubah.

Ramai juga tetamu yang datang, nyaris-nyaris tidak makan berdiri. Hidangan memang 'best' perut pun 'lapoor'. Teman lantak betul-betul.

Sampai ke rumah kenduri, hafinah tiada kerana mengambil Ibu_Suri. Aku berbual-bual dengan Along (Ahmad Azhar) dan Angah (Ahmad Firdaus) anak-anak hafinah. Majlisnya meriah ramai jemputan hadir. Tirai-tirai di khemah tetamu berwarna kuning, hafinah ini ada keturunan diraja ke ? Tetapi kedua-dua mempelai belum tiba dari rumah pengantin perempuan di Pulau Pinang.

Dari kiri; Angah, Along, Saiful, Ida dan Syuhadah di Kampong Kepayang, Ipoh. Gendang gendut tali kecapi kenyang perut tak boleh balik lagi.

Aku berharap kehadiranku ini bersama Ida, Syuhadah dan Saiful dapat memberi gambaran bahawa bertapa kami sekeluarga merasa besar hati dengan jemputan ini. Mudah-mudahan ianya menjadi satu petanda yang hubungan kami dengan keluarga hafinah tetap erat. Mudah-mudah Allah SWT memberkati hubungan ini dan semoga keluarga hafinah dikurniakan sebaik-baik kesejahteraan.

2 November 2008, Rusli Hashim.

Ahad, 4 September 2011

Scott's Emulsion

Yop masih ingat. Ada satu masa ketika kami masih kecil dulu boleh dikatakan sekeluarga kami mengalami masalah kekurangan zat makanan. Antara yang ketara ialah Darul. Muka dan kulitnya kelihatan pucat lesi. Napi pula buncit perutnya.

Mak selalu bagi kami makan kerang. Kononnya kerang boleh memmperbaiki kualiti darah di dalam badan. Disamping itu mak selalu bagi kami makan minyak ikan Scott's Emulsion. Rasanya taklah sedap sangat tetapi tak juga tak sedap.

Sesekali bila ada iklan Scott's Emulsion ini di tv, fikiran Yop akan menerawang ke saat-saat keluarga Yop yang di dalam kehidupan yang susah. Abah masa itu masih 'sakit'. Maklah yang menjadi ketua keluarga. Mencari duit dengan menoreh getah di kebun Wan Jaba dan mendulang bijih timah di Sungai Kak Sitah.

Jumaat, 2 September 2011

Macam-Macam

Foto-foto ini Yop salin dari laman Facebook mereka. Sekadar merenung hakikat cara hidup 2 fasa usia yang berbeza.


Anak Teruna
Foto dari sini


Anak Gadis
Foto dari sini


Mak
Foto dari sini

Beraya di kampung memang meriah. Lebih meriah dari beraya di kota. Yop sempat beRaya di rumah Wan Biah dengan Kedek. Seperti biasa, Wan Biah lebih suka selitkan falsafah hidup ala Tasauf dalam perbualannya.