Memaparkan catatan dengan label Kedek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedek. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Mac 2013

Rupanya Bulan Mengambang

Masa itu Yop dengan Kedek aje bersekolah. Yang lain masih kecik. Masa tu rasanya letrik pun belum ada. Jalan memang gelap. Rumah kume sampailah  ke rumah Jed adalah kebun getah.

Satu malam tu tiba-tiba Yop kena gerak. Bila celik mata ternampak Wan Biah dengan mak tengah kecoh pegang abah. Mak jerit kat Yop suruh panggil Ayah Co. Jalan cerah, jadi tak susah nak tengok jalan.

Yop dengan kedek pergilah ke rumah Ayah Co. Tak tahu sebab apa. Bila dah panggil dan balik semula ke rumah, Yop dan Kedek terus mandi di telaga. Merungut-rungut yop sebab mak gerak Yop lewat untuk ke sekolah.

Bila dah siap pakai baju, mak tanya Yop;

"Kamu nak ke mana?"

"Sekolah!"

"Sekolah apa azan Subuh pun belum lagi ni!"

Laa... Rupanya jalan cerah tadi bukan sebab dah nak siang tapi sebab bulan mengambang penuh! Nasib baik Yop tak perasan...

Kala Malam Bulan Mengambang.....

Sabtu, 2 Mac 2013

Duit Seringgit Kerat 2

Bila Yop balik kampung dan lalu di selekoh rumah Pak Mat Sah, Yop akan segera teringat satu kisah. Masa tu Pak Mat Sah buka kedai di selekoh itu; satu-satunya kedai yang ada di kawasan kampung belah sini.

Mak suruh Yop dan Kedek pergi kedai beli barang dapur. Mak bagi seringgit. Tapi Yop tak ingat kenapa, Yop koyak duit tu - bahagi dua. Yang sebelah Yop ambil dan sebelah lagi Yop bagi Kedek. Yop tak ingat sebab apa Yop buat macam tu. Agaknya mungkin dengan koyak duit macam tu, Yop akan dapat 5 kupang dan Kedek dapat 5 kupang.

Yop tak pasti inikah duit yang Yop guna masa tu.
Ihsan dari: sini

Yop masih dapat bayangkan bagaimana Pak Mat Sah susah payah sambungkan balik duit tu. Kesian Pak Mat sah. Dah lah dia tu pakai cermin mata sebab rabun, terpaksa belek pula duit tu supaya bila disambung nanti, bersambung dengan tepat.

Sabtu, 28 Mei 2011

Rindu Abah!

coretan: @dik

Abah…. Saya sangat rindu pada abah… Muga Abah tergolong dikalangan mereka yg mendapat keampunan, Rahmat, Rahim dan kurnia nikmat syurga Firdaus.

Seorang ayah yang sangat baik, seorang anak yang berbakti, seorang menantu mithali, seorang pekerja yang amanah dan dedikasi, seorang kawan yang tulus hati, seorang atuk yang menyayangi cucu-cucu nya, yang bebangga dengan pencapaian anak-anaknya walaupun tidak setinggi mana, yang pasrah dengan kegagalan anak anak, yang tidak suka bertangguh dalam setiap kerja, yang tidak kenal erti penat, yang tidak pernah kenal malu untuk mencari rezeki asalkan halal, yang mencintai Rasullulah S.A.W ( Maulidur Rasul , Berzanji ) dan banyak lagi.

Disamping – seorang isteri yang setia dan tahan..

Ahad, 14 November 2010

Kita Bagaimana?

catatan oleh Adik - Khamis, Oktober 28, 2010 10:29am

2 minggu ni bergelut dengan anak demam. Adam bila demam, risiko kena “FIT”- kekejangan sangat tinggi. Pagi Sabtu lalu semasa di klinik Adam kena FIT sekali lagi. Rasa nak tercabut jantung. Saya memang truma bila anak demam panas.

Ini kerana adik saya yang ke 6 - Muhammad Noor ( Kia ) meninggal dipangkuan emak semasa berumur 4 tahun.

Dia dimasukkan ke Hospital Kumpulan Perubatan Johor Sek 20, Shah Alam.

Dalam kelamkabut berulang alik dari rumah ke hospital – hati ni sejuk bila anak sulung ku- Hasyim - menyanyikan nasyid dendangan Arwah Ustaz Asri Rabbani – Indah Hidup Ini. Terasa menusuk kalbu dan padamlah segala keresahan dan kebimbangan.

Moga Allah mencucuri Rahmat kepada roh beliau. Saya ingin merakam kan pengalaman ini kerana walaupun Ustaz Asri dah tiada “Harta Pusaka” yang ditinggalkan masih memberi manafaat kepada kita.

Kita bagaimana ?

                      ( Demam adam dah berkurangan. Insyaalah esok atau lusa boleh discharge)

Adam ketika masih bayi..