Setiap kali ada majlis kenduri kahwin, abah selalu diminta bernyanyi. Abah membalut mikrofon dengan sapu tangan. Abah memakai cermin mata hitam. Dan abah akan menyanyikan lagu 'SRI MERSING". Akhirnya, abah masyhor dengan gelaran 'Am Sri Mersing'.

Sabtu, 9 Mac 2013

Rupanya Bulan Mengambang

Masa itu Yop dengan Kedek aje bersekolah. Yang lain masih kecik. Masa tu rasanya letrik pun belum ada. Jalan memang gelap. Rumah kume sampailah  ke rumah Jed adalah kebun getah.

Satu malam tu tiba-tiba Yop kena gerak. Bila celik mata ternampak Wan Biah dengan mak tengah kecoh pegang abah. Mak jerit kat Yop suruh panggil Ayah Co. Jalan cerah, jadi tak susah nak tengok jalan.

Yop dengan kedek pergilah ke rumah Ayah Co. Tak tahu sebab apa. Bila dah panggil dan balik semula ke rumah, Yop dan Kedek terus mandi di telaga. Merungut-rungut yop sebab mak gerak Yop lewat untuk ke sekolah.

Bila dah siap pakai baju, mak tanya Yop;

"Kamu nak ke mana?"

"Sekolah!"

"Sekolah apa azan Subuh pun belum lagi ni!"

Laa... Rupanya jalan cerah tadi bukan sebab dah nak siang tapi sebab bulan mengambang penuh! Nasib baik Yop tak perasan...

Kala Malam Bulan Mengambang.....

Tiada ulasan: