Setiap kali ada majlis kenduri kahwin, abah selalu diminta bernyanyi. Abah membalut mikrofon dengan sapu tangan. Abah memakai cermin mata hitam. Dan abah akan menyanyikan lagu 'SRI MERSING". Akhirnya, abah masyhor dengan gelaran 'Am Sri Mersing'.

Sabtu, 2 Mac 2013

Duit Seringgit Kerat 2

Bila Yop balik kampung dan lalu di selekoh rumah Pak Mat Sah, Yop akan segera teringat satu kisah. Masa tu Pak Mat Sah buka kedai di selekoh itu; satu-satunya kedai yang ada di kawasan kampung belah sini.

Mak suruh Yop dan Kedek pergi kedai beli barang dapur. Mak bagi seringgit. Tapi Yop tak ingat kenapa, Yop koyak duit tu - bahagi dua. Yang sebelah Yop ambil dan sebelah lagi Yop bagi Kedek. Yop tak ingat sebab apa Yop buat macam tu. Agaknya mungkin dengan koyak duit macam tu, Yop akan dapat 5 kupang dan Kedek dapat 5 kupang.

Yop tak pasti inikah duit yang Yop guna masa tu.
Ihsan dari: sini

Yop masih dapat bayangkan bagaimana Pak Mat Sah susah payah sambungkan balik duit tu. Kesian Pak Mat sah. Dah lah dia tu pakai cermin mata sebab rabun, terpaksa belek pula duit tu supaya bila disambung nanti, bersambung dengan tepat.

Tiada ulasan: