Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Khamis, 2 Oktober 2014

Yop


Kali ini Yop tak bercerita tentang sejarah nama Yop. Yop percaya, ramai dari adik-adik Yop tak tau pun tentang ini.

Yop sebenarnya dilahirkan di Kampung Slim, Slim River. Maklumlah anak pertama Mak, mestilah dilahirkan di rumah emak kepada Mak yakni Opah di Slim walaupun sebenarnya rumah mak dan abah adalah di kampung Kepayang.

Nama Yop diberi oleh Tok Uda (kalau tak silap); sebab itulah ada sikit bau Arab. Oleh kerana Yop selalu sakit, Yop dipanggil dengan nama Toha sempena surah Toha dalam Al Quran. Tapi agaknya dek susah sangat, hari-hari nak sebut Toha akhirnya bertukar menjadi Ta'a.

Sebaliknya,  nama Ta'a itu menjadi lebih popular di Kampung Kepayang berbanding di Kampung Slim. Di Kampung Slim Yop digelar dengan nama Cho'ih (he.. he.. macam mana nak sebut, kena berguru dengan Yop..). 

Bila mula masuk sekolah barulah kawan-kawan panggil dengan nama Yop yang sebenarnya.

Jumaat, 8 Februari 2013

Stesyen Keretapi Ipoh

Yop ada seorang kawan yang minat sangat dengan keretapi  hingga dia jadi ahli KTM FAN CLUB. Setiap 2-3 bulan sekali kelab ini akan membuat aktiviti menaiki keretapi ke mana-mana destiansi yang di rancang.

Beliau kirimkan 2 gambar di bawah dan yop paparkan di sini untuk pengetahuan bersama. Gambar stesyen keretapi Ipoh dulu dan sekarang;

Sebelum 2008

sekarang

Gambar-gambar lain boleh di lihat di: http://www.ktmrailwayfan.com/pics/

Isnin, 20 Disember 2010

Koleksi Mak



Ini adalah sebahagian dari koleksi milik mak semasa baru berkahwin dengan abah. Koleksi ini asalnya ada di rumah Opah. Tapi bila Opah meninggal dunia, Yop percaya, mak ambil ia dari almari rumah Opah.

Yop pun masih boleh ingat almari Opah yang simpan koleksi ini terletak di ruang tamu rumah Opah. Almari itulah juga yang menyimpan koleksi itu hari ini di rumah kami.

Yop tidak mahu cerita lebih dari ini walaupun sebenarnya Yop tahu lebih dari ini. Walaupun Yop teramat ingin untuk memiliki koleksi ini tapi Yop tak berani nak buka mulut depan mak...

Jumaat, 26 Mac 2010

Perkampungan Melayu Tertua Terima Bantuan 4.5 Juta

Yop temui info ini di laman sesawang mforum.cari.com. Harap memberi manafaat. Dimana tapak baru tu ya?


IPOH 12 Okt. - Kampung Kepayang Fair Park di sini yang dibuka pada akhir abad ke-18 merupakan perkampungan Melayu tertua di sini.

Pembukaan kampung berkenaan dimulakan oleh tiga tokoh adik beradik dikenali sebagai Tok Senonsa, Tok Gemuk dan Tok Changkat Rumbia yang merupakan penduduk asal daerah Kinta.

Bagaimanapun, mengikut sesetengah pihak, terdapat seorang lagi tokoh yang juga adik-beradik mereka yang terlibat dengan pembukaan kampung berkenaan iaitu Tok Bala Senam.

Namun, nama Tok Bala Senam tidak dimasukkan ke dalam senarai perintis kampung tersebut memandangkan beliau dikatakan 'ghaib' begitu sahaja tanpa meninggalkan sebarang kesan sejarah.

Ini berbeza dengan ketiga-tiga beradik di atas yang pusara masing-masing masih terdapat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kepayang yang juga merupakan tanah wakaf yang ditinggalkan mereka.

Selepas dua abad berlalu, tanah yang mereka wakafkan untuk pembinaan masjid, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan tanah perkuburan Islam bagi kegunaan penduduk kampung telah mula dihimpit dengan arus pembangunan.

Masjid Kampung Kepayang kini bukan sahaja kelihatan uzur malah sudah tidak mampu menampung jemaah lebih-lebih lagi sewaktu solat Jumaat.

Keadaan menjadi semakin sesak ketika penduduk kampung menunaikan solat Aidilfitri dan Aidiladha kerana pada masa itulah sebahagian besar anak-anak kampung merantau pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Kawasan tanah perkuburan juga sudah digunakan semaksimum mungkin hingga kini 'mengelilingi' dan 'memenuhi' persekitaran masjid tersebut.

Secara tidak langsung, pembelajaran anak-anak kecil di SAR di kawasan berkenaan sedikit terganggu kerana persekitaran yang kurang selesa.

Menyedari hakikat itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat kampung berkenaan pada 4 September lepas membawa khabar gembira yang amat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung.

Muhyiddin yang sempat menunaikan solat Asar termasuk bersama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dapat merasai kesempitan yang dialami penduduk kampung.

Setelah dimaklumkan mengenai masalah berkenaan daripada penduduk setempat, beliau dengan spontan mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyediakan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi membina sebuah masjid baru.

''Kerajaan negeri Perak sudah bersetuju membeli tanah seluas 3.4 hektar bernilai RM2 juta untuk beli tapak masjid dan Kerajaan Persekutuan pula tambah RM2.5 juta untuk bina masjid.

''Saya rasa elok juga masyarakat di sini turut membuat kutipan dana sendiri supaya sama-sama dapat manfaat dan akhirnya masjid baru dapat dibina di sini," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh penduduk kampung.

Dalam pada itu, Zambry pula berkata, kerajaan negeri bersedia membeli tanah di hadapan masjid sedia ada kerana dimaklumkan bahawa pemilik tanah tersebut tidak membangunkannya sejak beratus tahun yang lalu.

''Saya fikir kawasan baru untuk tapak masjid sangat luas dan sudah pasti akan mendatangkan banyak manfaat dan keselesaan kepada penduduk menunaikan ibadah.

''Tapak baru ini lebih luas dan bolehlah kita dirikan pelbagai kemudahan lain seperti dewan orang ramai dan sebagainya," katanya.