Ahad, 4 September 2011

Scott's Emulsion

Yop masih ingat. Ada satu masa ketika kami masih kecil dulu boleh dikatakan sekeluarga kami mengalami masalah kekurangan zat makanan. Antara yang ketara ialah Darul. Muka dan kulitnya kelihatan pucat lesi. Napi pula buncit perutnya.

Mak selalu bagi kami makan kerang. Kononnya kerang boleh memmperbaiki kualiti darah di dalam badan. Disamping itu mak selalu bagi kami makan minyak ikan Scott's Emulsion. Rasanya taklah sedap sangat tetapi tak juga tak sedap.

Sesekali bila ada iklan Scott's Emulsion ini di tv, fikiran Yop akan menerawang ke saat-saat keluarga Yop yang di dalam kehidupan yang susah. Abah masa itu masih 'sakit'. Maklah yang menjadi ketua keluarga. Mencari duit dengan menoreh getah di kebun Wan Jaba dan mendulang bijih timah di Sungai Kak Sitah.

Tiada ulasan: