Setiap kali ada majlis kenduri kahwin, abah selalu diminta bernyanyi. Abah membalut mikrofon dengan sapu tangan. Abah memakai cermin mata hitam. Dan abah akan menyanyikan lagu 'SRI MERSING". Akhirnya, abah masyhor dengan gelaran 'Am Sri Mersing'.

Ahad, 30 Oktober 2011

Ayah Co Ubat Orang Sakit Gigi

Ayah Co ( duduk )

Samada betul Ayah Co pandai mengubat orang sakit atau tidak, Yop tak tahu. Tapi selalunya kalau ada budak-budak yang demam atau menangis malam, ayah Co adalah orang yang mak selalu cadangkan untuk berubat. Kalau istilah dulu di panggil - tetemas.

Yop masih ingat satu ketika Ayah Co mengubat orang sakit gigi. Ayah Co ambil limau nipis dan telor lipas. Ayah Co potong limau nipis dan tenyeh ke bahagian pipi yang ada sakit gigi bersama dengan telor lipas. Yop fikir, mungkin telor lipas itu adalah sebagai ramuan perubatan.

"Tengok, ulat gigi kamu dah keluar. Banyaknya ulat dalam gigi kamu." ujar Ayah Co.

Memang banyak ulat melingkar tangkas atas pipi orang tu. Geli pula rasa Yop.

"Macam mana, ada koghang rasa sakit gigi kamu?" tanya Ayah Co.

"Haahh.. Koghang sikit ghasenya sakit gigi aku ni."

Tapi bila Yop dah sekolah menengah; dah selalu buat ekspeimen di makmal sains sekolah; Yop terfikir nak tengok apa ada telor lipas. Bila Yop pecahkan telor lipas yang masih baru, keluarlah ulat-ulat yang begitu banyak melingkar macam yang pernah Yop tengok masa Ayah Co mengubat orang sakit gigi dulu.

Ketawa Yop sendirian...