Rabu, 18 April 2012

Maklumlah, Baru Sebulan...

























Adik mengirim emel memberitahu tentang perkembangan terkini Kida tadi; 


 " Pagi tadi saya ada mesyuarat di Jab Kes. Seremban. Habis mesyuarat 11.00am ambil kesempatan singgah ke PD, jumpa adik bongsu kita. Dia sihat je. Badan nyan Nampak berisi sikit. 

Dia & Najmi dah pindah ke rumah sewa, tapi belum habis kemas. Bila dah ok nanti saya cadang nak ajak mak datang ziarah dia. X perlu rush, bagi dia selesa dulu. Maklum lah baru sebulan. " 

Mudah-mudahan Kida bahagia dengan suaminya dan tenang mengangkat sauh dan melebarkan layar mengharungi lautan hidup. ( Diatas adalah gambar Yop baru kahwin. Di belakang adalah Mamat. Di atas beranda adalah Mak bersama Kida.)

2 ulasan:

Al-Manar berkata...

Mengapa terlampau lama tidak menulis? Pakcik sedih mendengar lagu latar belakang - my favourite lagu asli.

Sri Mersing berkata...

Cuba menulisdalam seminggu sekali tapi kekadang bila terlalu ketat jadual menjaga isteri membuatkan Yop kekadang letih...