Setiap kali ada majlis kenduri kahwin, abah selalu diminta bernyanyi. Abah membalut mikrofon dengan sapu tangan. Abah memakai cermin mata hitam. Dan abah akan menyanyikan lagu 'SRI MERSING". Akhirnya, abah masyhor dengan gelaran 'Am Sri Mersing'.

Ahad, 23 Februari 2014

Lawan Kemuncup

Rumah kami masa tahun-tahun 60an dulu boleh dikatakan di kelilingi hutan. Sebelah kanan dan belakang, kebun getah Wan Jaba. Kiri, dusun Opah Leha. Di depan, tanah  tali api.

Yop dengan kawan-kawan Yop pun dulu nakal juga tapi nakal kami cuma nakal cara anak kampung, tak macam anak-anak sekarang, nakal dengan cara bandar.

Permainan kami juga adalah bersumberkan dari hutan. Tak perlu minta duit dari abah untuk belikan. Cari je dalam hutan.

Salah satu permainan yang tak sangat popular pada Yop tapi begitu nostalgik ialah:


Memang menyeronokkan. Tapi kekadang memiangkan...

1 ulasan:

smbotak berkata...

eh, saya pun pernah main permainan ni jugak bang! tapi lupa nama pokok ni. lepas tu tangkai yang halus tu boleh digunakan untuk tangkap semut keluar dari lubang. dan semut tu pun boleh dilagakan...