Rabu, 5 Mac 2014

Jam Dinding


Bila balik tengok mak di kampung, yang Yop tak pernah lupa ialah membelek jam dinding di bilik mak. Jam dinding jenis randik ini ikut kata mak, abah beli ketika umur Matun. Maknanya, kalau Matun dah berumur 40 tahun, 40 tahunlah umur jam tu. Boleh dikira antik.

Dan selalunya, bila Yop belek, ladung jam ini dah tak bergoyang lagi. Tak kiralah samada sebab kunciannya dah habis atau posisi tegaknya dah tak bersudut tepat dengan bumi.

Yop cakap pada mak bahawa Yop sayang pada jam ini. Satu hari nanti, kalau mak dah tak ada dan keluarga lain tak berminat pada jam ini, Yop nak ambil.

Jam ini masih baik keadaannya kecuali dentingnya saja dah tak berbunyi lagi. Yop percaya, dentingan itu boleh diperbaiki. Yop bercadang nak bawa balik ke Penang dan hantar ke kedai jam untuk diperbaiki. Bila dah diperbaiki, Yop akan pulangkan dan gantung semula di bilik mak.

Yop sayang jam ini kerana bersama jam ini ada jalur-jalur kenangan hidup yang tidak dapat dirasai oleh cucu-cucu mak.

2 ulasan:

Al-Manar berkata...

Terima kasih datang melawat saya. Lamanya berhenti menulis. Mengapa?
Dan kemana pergi lagu latar belakang itu. Itulah sebab pertama yang membawa saya kemari 2 tahun dahulu agaknya.

Kalau boleh saya ingin tahu email saudara. Sila hantar ke almanar@pd.jaring.my Terima kasih kerana datan kembali ke Almanar.

Al-Manar berkata...

Saya rasa sedih mengingatkan hilangnya barang barang purba seperti jam dinding. Tidak terfikir yang akan hilang ditelang zaman