Semasa Yop balik kampung baru-baru ini, Yop terpanggil untuk berhenti sebentar di jambatan sungai yang menghubungkan Kampung Kepayang Hulu dan Hilir (ini terma yang sering penduduk kampung guna semasa Yop masih hingusan dulu).
Ikut istilah Yop masa kecil dulu jambatan ini dipanggil geghotak (gerotak). Geghotak ini boleh dikatakan sudah lama juga pembinaanya. Semasa Yop masih belajar di IKM dulu sekitar 1980 sudah ada.
Inilah satu-satunya jalan yang menghubungkan Kampung Kepayang dengan Bandar Ipoh selain dari menyusuri jalan keretapi yang tidak jauh dari rumah Yop. Dulu sungai ini lebar dan kalau hujan lebat, airnya dalam dan merbahaya jika hendak menyeberang.
Sebelum jambatan yang ini, jambatan yang sering Yop gunakan ialah jambatan kayu.
Inipun sebenarnya adalah tapak jambatan kayu yang kedua. Jambatan kayu yang pertama kalau tidak salah Yop adalah terletak di tapak jambatan baru sekarang ini. Jambatan kayu yang kedua hampir runtuh kerana tidak cukup teguh menahan terjahan air sungai yang dalam selepas hujan. Terutama bila air sungai juga membawa sampah sarap serta kayu melanggar tiang-tiang jambatan.
Apapun, jambatan atau geghotak dan sungai ini memang menjadi nadi kepada perhubungan dan kemudahan pengangkutan penduduk Kampung Kepayang; kampung tempat Yop dibesarkan.
2 ulasan:
kalo jd nadi perhubungan.. mmg patut ditambahbaikkan lagi
salam,
terima kasih sekali lagi menjenguk dan memberi komen di blog seri kepayang. kita patut berjumpa dan bincang hal-hal kepayang fair park (sejarah, latarbelakang perintis dll.) untuk ditulis dan menjadi rekod serta untuk pengetahuan umum.
japanese maple ni banyak di taman-taman di jepun (mungkin di taman jepun di ipoh tu pun ada). tapi kalau pergi musim panas tak berapa perasan sebab pokok2 lain juga penuh berdaun. yang paling cantik ialah di musim luruh.
Hj. Azizi b. Hj Ahmad Termizi
K1. Kg Kepayang Fair Park
(Seri Kepayang)
Catat Ulasan