Gambar: Kanan - Mamat, Napi, Nuar (anak Yong Fuzi) baju putih, Cik Lan dengan Syuhada (agaknya). Yang lain-lain Yop tak ingat siapa mereka.Yop tak tahu bila masa gambar ini diambil. Kalau tengok dari umur Mamat agaknya sekitar umur 3-4 tahun.
Tergerak nak papar gambar ini kerana teringat Cik Lan yang pergi menemui Ilahi beberapa bulan lalu. Al Fatihah buat Cik Lan. Cik Lan adalah antara bapa saudara Yop yang tak banyak cakap tapi ringan tulang. Setiap kenduri di rumah Yop, mereka akan berkampung anak beranak beberapa hari kerana menolong kerja-kerja dapur.
