Sabtu, 3 Disember 2011

Cik Lan

Gambar: Kanan - Mamat, Napi, Nuar (anak Yong Fuzi) baju putih, Cik Lan dengan Syuhada (agaknya). Yang lain-lain Yop tak ingat siapa mereka.

Yop tak tahu bila masa gambar ini diambil. Kalau tengok dari umur Mamat agaknya sekitar umur 3-4 tahun.

Tergerak nak papar gambar ini kerana teringat Cik Lan yang pergi menemui Ilahi beberapa bulan lalu. Al Fatihah buat Cik Lan. Cik Lan adalah antara bapa saudara Yop yang tak banyak cakap tapi ringan tulang. Setiap kenduri di rumah Yop, mereka akan berkampung anak beranak beberapa hari kerana menolong kerja-kerja dapur.

1 ulasan:

Al-Manar berkata...

Saya datang secara kebetulan. Alang alang biarlah tinggal catatan sedikit.

Nampaknya banyak menulis tentang ingatan yang lama lama, ayah, saudara, cikgu, sekolah dan lain. Ketara bertul kasik sayang kepada arway ayah. Al Fatihah untuk nya. Saya hairan kemana pergi selepas Anderson School. Saya jangka penulis belum lagi 50 dan masik bekerja - gurukah?

Teruslah menulis. Dengan melawat blog kawan kawan akan jadi lah satu kumpulan.

Salaam