Setiap kali ada majlis kenduri kahwin, abah selalu diminta bernyanyi. Abah membalut mikrofon dengan sapu tangan. Abah memakai cermin mata hitam. Dan abah akan menyanyikan lagu 'SRI MERSING". Akhirnya, abah masyhor dengan gelaran 'Am Sri Mersing'.

Rabu, 1 Mac 2017

Bebelan Mak

Yop anak sulong. Bila mak pergi kerja, Yop kena jaga adik adik.  Kena cari kayu, ambil air dari telaga, pastikan adik adik makan pagi dan mandi, tanak nasi; fikir masak lauk apa untuk tengahari dan angkit kain dari jemuran serta lipat.

Kalau mak balik dan tak siap semua itu, alamatlah kena bebel yg pedas pedas kat lubang telinga.

Hari ini...


Dan Yop rasa bersyukur kerana yang bernama mak itu masih ada dan masih dapat memeluk dan mendapat doanya disetiap kali balik kampung... 






Tiada ulasan: