Setiap kali ada majlis kenduri kahwin, abah selalu diminta bernyanyi. Abah membalut mikrofon dengan sapu tangan. Abah memakai cermin mata hitam. Dan abah akan menyanyikan lagu 'SRI MERSING". Akhirnya, abah masyhor dengan gelaran 'Am Sri Mersing'.

Isnin, 25 Mei 2015

Kad Kemajuan

Semasa belek-belek almari lama di rumah mak kelmarin, Yop terjumpa sekumpulan dokumen lama kami sekeluarga dalam satu laci. Wah... memang teruja. Tak sangka, dokumen ini masih ada dan tidak dibuang oleh ntah sapa yang mengemas rumah mak.

Salah satunya ialah kad laporan prestasi pelajaran Yop semasa di SRSK ini. Memang nostalgik!

Perhatikan nombor talipon sekolah masa tu... 4 angka sahaja.


Yop masa tu adalah dalam pasukan rumah kuning.


Sebelah kiri adalah tandatangan Guru Besar masa tu - Cikgu Embun. Tiap-tiap tahun sama jer gaya tandatangannya, kan. Tak macam tandatangan abah yang di sebelah kanan tu...ha...ha...


Dulu memanglah semua ni tak lansung Yop hargai. Sebab itu, yop tak pernah ingat untuk menyimpannya dengan baik. Tapi rupanya, bila dah tua ini terasa semua dokumen malah apapun milik semasa di kampung dulu terasa amat bernilai.

Banyak lagi barangan lama semasa bebudak dulu seperti majallah Bujal, akhbar Utusan Pelajar, segala artikel yang Yop tulis sendiri tersiar di majallah dan akhbar, majallah sekolah, buku scrap, diari, autograf, kad raya, piring hitam yang Yop beli dengan duit poket sendiri malah banyak lagi, hilang entah ke mana.

Ini pun Yop berterima kasih pada mak, abah atau mungkin adik-adik Yop yang teringat mahu menyimpannya sebagai khazanah berharga keluarga kami.

Khazanah ini menggambarkan kepada Yop, sejarah sebenar hidup Yop masa itu...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bila lihat benda2 lama milik kita... terasa dah banyak masa berlalu, dan semakin sedikit masa tersisa

insan marhaen berkata...

Kalau boleh, nak kembali swmula ke zaman silam... kan...

insan marhaen berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
insan marhaen berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.