Yop masih ingat masa kecil dulu ketika tolong mak memasak sayur pucuk paku. Kenangan ini memang mencuit hati Yop dan sering Yop ceritakan pada kawan-kawan Yop semasa mengendalikan perkemahan di mana kami kena masak sendiri untuk sarapan.
Mak suruh Yop ambil pucuk paku dari belukar belakang rumah. Dulu, pucuk paku, pucuk ubi, pucuk labu, kemahang memang mudah nak dapat di belakang rumah.
Bila dah kutip, aku basuh dan letakkan ke dalam penapis untuk di toskan. Yop ambillah pisau dan potong ikut agak-agak saiz sesuai untuk makan. Pucuk paku sedap dimasak gulai lemak campur ikan bilis dan belimbing buluh yang ada banyak di pokok depan rumah.
Bila dah siap masak dihidangkanlah di dapur dan kami makan sekeluarga. Tak ingatlah masa tu adik-adik Yop sapa yang ada.
Bila time nak makan sayur pucuk paku tadi....
"Macam mana kamu potong ni Ta'a. Melekat kat tekak pucuk paku kamu ni..." jerit mak.
Memang betul. Tekak aku pun pun tak lalu nak telan pucuk paku tu. Batangnya yang liat susah nak hadam bila dikunyah dan tersekat-sekat di tekak bila nak telan.
Tahu kenapa jadi begitu?
"Lain kali kalau nak potong pucuk paku guna jari patahkan dia. Bila sampai tahap tak boleh patahkan dengan jari tu maknanya itu bahagian yang liat. tak boleh makan dah." terang mak.
Eloklah... Aku tadi potong guna pisau. Konon nak cepat siap. Manalah boleh beza bahagian yang rapuh dengan yang liat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan