Pokok pelam depan rumah Yop ini di tanam oleh arwah abah. Yop tak pernah ambil pusing pun pasal tumbesarannya. Tak pernah siram. Tak pernah baja. Ia tumbuh dan berbuah dengan lebat secara berdikari.
Abah dulu bekerja sebagai cooly Majlis Bandaran Ipoh. Disamping itu abah cari duit lebih dengan ambil upah mesin rumput atau gunting pokok pagar mana-mana rumah taukeh Cina di Canning Garden atau Ipoh Garden. Kata orang, tangan abah sejuk. Setiap apa yang dia tanam mudah tumbuh dan berbunga.
Abah, semasa Yop kecil dulu suka tanam pokok bunga di keliling rumah. Hatta pokok bunga anggerik yang sukar untuk berbunga itu pun berwarna warni bergantungan pasunya di alang beranda. Paling banyak di rumah aku ketika itu ialah pokok bunga kertas. Kekadang tampak seperti bongsai gergasi.
Pernah satu ketika dulu, Majlis Bandaran Ipoh bercita-cita mahu jadikan Ipoh sebagai Bandar Bunga Kertas. Tapi... cita-cita itu seperti tidak kesampaian!
Semasa abah ada, rumah ini dijaga dengan baik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan