Khamis, 15 April 2010

Minat Abah

Abah selalu bawa Yop pergi gunting rambut di kedai cina Star Park naik basikal. Basikal abah ada palang di tengah. Dulu, kalau basikal ada palang itu kami panggil basikal jantan. Yang tak ada palang tu basikal betina. Abah bubuh bantal atas palang. Kemudian Yop duduk atas palang. Sambil Abah kayuh kekadang abah gelak sorang-sorang. Agaknya abah teringat peristiwa lepas yang menggelikan hatinya.

Satu lagi yang Yop tidak boleh lupa ialah abah suka mendengus. Agaknya ada yang gatal di hidung abah.

Mula-mula dulu minat Abah ialah bela burung Terkukur. Keliling rumah ada burung Terkukur. Di hari tak bersekolah, selalunya pagi-pagi Yop akan dikejutkan dengan bunyi burung Terkukur. Kalau Abah nak bagi mandi burung, Abah akan kulom air dalam mulut kemudian semburkan kepada burung itu. Kemudian Abah akan bercakap dengan burung tu;

Ku ku ku...

Wak.. wak...

Entahlah, burung tu faham ke atau tidak dengan bahasa Abah tu..

Tiada ulasan: