Sabtu baru ni Yop balik kampung tengok mak. Yop akui, memang jarang balik kampung. Memang rasa bersalah sesangat tapi itulah hakikat. Tak seperti adik-adik Yop yang murah dengan agenda 'balik kampung' mereka.
Sejak Yong 'tak sihat' ini Yop balik kampung cuma beberapa jam sahaja. Tak boleh bermalam sebab keadaan Yong yang tak sesuai tinggal di rumah orang lain selain rumah sendiri.
Oleh kerana jarang balik, jarang pula berkhidmat untuk mak, Yop cuba sedaya upaya berbakti kepada mak dan Duyah yang menjaga maka dengan setiap kali balik, Yop cuba bersihkan persekitaran bilik mak, dapur, peti ais dan basuh kain, toto dan baju mak yang belum berbasuh. Kali ini Yop tambah dengan membeli 4~5 kampit sabun serbuk untuk digunakan membasuh toto mak.
Sebelum balik semula ke Penang, Yop ajak Napi untuk mengeteh di Restoran Pelita, pekan Fair Park. Saja je untuk berbual tentang keluarga, mak, anak saudara dan diri sendiri.
Napi & Yop ngeteh di Pelita |
Yop amat berterima kasih kepada adik-adik Yop sebab mereka menghormati Yop sebagai abang sulong, memahami kekangan Yop menjaga mak dan kerjasama mereka dalam menjaga mak dengan tidak mengambil kisah kurang lebih kuantiti kerja mereka.
Terima kasih buat adik-adik Yop...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan