Yop taklah teruja sangat dengan sambutan tahun baru kerana ianya tiada kena mengena dengan Islam malah adalah budaya orang kafir.
Apapun, blog ini dah memasuki tahun ke 11. Melihat kepada jejak perjalanan blog ini seperti tak percaya cepatnya masa berlalu bersama peristiwa suka duka. Yop harap tangan ini akan tetap terus istiqamah menulis walaupun tak seberapa kerapnya.
InsyaAllah, bulan Mac nanti akan lahir cicit ke tiga Mak dan Abah. Ramai yang mengagak ianya adalah lelaki namun kita lihatlah nanti kebenarannya sebaik sahaja dia lahir ke dunia.
Cicit Opah ini kesemuanya lahir di awal tahun.
Cicit Opah ini kesemuanya lahir di awal tahun.
Ini adalah cicit yang pertama... DHIYA MARISSA. Akan memasuki tadika tahun 2 esok. Tahun depan akan memasuki sekolah Tahun 1.
Yang ini cicit ke 2... DHIYA QAISARA.
Selalunya dalam sesuatu keluarga akan ada seorang anak yang 'kelakar' karektornya. Dalam keluarga Yop, yang kelakar adalah ayah Dhiya. Di dalam keluarga ayah Dhiya, penceria suasana adalah Qaisara. Bila bercakap menggunakan bahasa baku.
Tahun ini Dhiya Qaisara akan mula memasuki tadika yang sama seperti kakaknya.

Ini pula adalah bakal cicit ke 3. Dijadualkan lahir pada Mac nanti. Kata mama Dhiya, yang ke 3 ini mungkin pemalu orangnya.
Kalau betul la pemalu, cicit ini rupanya akan mewarisi salah satu sifat Tok Ayah dia masa kecil dulu.
Jadila... ada seorang yang ikut sikap Yop masa kecil dulu walaupun ianya taklah berapa bagus bagi seorang lelaki tetapi itu adalah osem, bakal jadi rebutan ramai aweks nanti!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan