Musim panas macam ni teringat masa Yop kecil dulu. Masa masih main kondangkondi. Main polis sentri.
Masa
tu rumah Yop macam jauh sangat dari rumah orang lain. Yang dekat pun
cuma rumah Ani (aduhhh... lupa pulak Pak apa ni....??).
Sumber
air hanya dari telaga. Telaga dekat dapur rumah Yop (kemudian diubahsuai
kepada lubang jamban. Kemudian.... jadi hutan. Sekarang dah lupus dah
agaknya).
Bila
musim kemarau (dulu musim ni tentu bulannya tak macam sekarang),
kebanyakan telaga akan kering termasuk telaga rumah Yop. Jadi, basuh
kain akan ditukar ke sungai. Air telaga cuma ambil untuk minum. Kalau
nak air yang jernih, kena timba awal pagi. kalau lewat, jawapnya tingga
keladak.
Disebabkan
dah cetek, kenalah sabar... timba sikit sikit. Itu kerja Yoplah sebagai
anak sulong. Air mesti penuh dalam tempayan. kalau tak, kena bisinglah
dengan mak bila balik dari motong getah.
Ambil
guna timba. Tali timba kalau nak tak sakit tangan menarik dari dalam
telaga, guna yang diperbuat dari sabut. kalau guna tali dari nylon,
memang merahlah tangan. Tak mahu tergelincir tali dari tangan sebab
licin, tali akan disimpul bertakat takat sebagai penahan.
Pernah
juga merasamembuat timba menggunakan buluh. Dua batang buluh panjang.
Satu di tambat pada dahan pokok dekat telaga. Di Pangkal diletakkan batu
sebagai pemberat. Di hujung, diikat dengan buluh lebih kecil lurus
masuk ke dalam telaga dengan timban di hujungnya.
Lebih
canggih sikit, guna takal. Tapi yang tu, rumah orang yang kaya sikit
adalah. Rumah Yop dulu, guna timba dengan tali panjang jer...
1 ulasan:
salam. singgah baca...
Catat Ulasan