Sabtu, 27 Ogos 2011

Kenangan Abah


Gambar Abah semasa datang ke rumah mertua Yop di Penang. Lokasinya di tengah jalan utama depan RECSAM. Masa tu taklah sibuk sangat. Jambatan Pulau Pinang pun rasanya baru nak siap.

Gambar ini Yop salin dari dari salah satu cucunya melalui Facebook keluargaopah.


Sabtu, 20 Ogos 2011

Pak Ude

Yop tiba-tiba teringat. Kedek ada emel klip video lagu ni. Seronok mendengarnya. Teringat kedamaian semasa masih kecil di kampung. Kedamaian itu susah nak dicari kini.

Bota, Lambor adalah tempat yang selalu Yop pergi semasa menjalani latihan dalam loji Institut Kemahiran MARA, Kuala Lumpur sekitar 1982.


sila off butang MAIN pada kotak lagu di sidebar blog jika nak lihat video ini.

Rabu, 17 Ogos 2011

Gambar Bersejarah Masjid Kepayang

Semasa melayari blog Masjid Al Khairiah, kampung Yop, terjumpa gambar-gambar lama semasa Perasmian Masjid Al Khairiah di sekitar 1968. Hah, masa tu Yop berumur 8 tahun. Hu... Yop tak ingat la peristiwa tu. Foto-foto itu adalah sumbangan memori dari En Tajul Azwa.




Foto Ihsan dari SINI

Khabarnya, Masjid yang ada sekarang ini akan digantikan dengan masjid yang baru. Muga dengan adanya masjid baru ini, generasi baru akan memanafaatkannya sebaik mungkin.

Isnin, 15 Ogos 2011

Kanji Masjid Kepayang

Yop masih ingat bebeno lagi. Bila bulan puasa gini, lepas aje jamaah di masjid sembahyang Asar, beraturlah budak-budak di tepi kawah bawah pondok. Masing-masing bawa bekas untuk mengambil kanji. Kanji masjid Kepayang ni specialnya sebab ada bubuh kacang tanah, kentang dan udang.

Ada yang bawa siya ( mangkuk tingkat ), tin susu, tupperware, besen dan tak ketinggalan yang bawa cerek.

Untuk memasukkan kanji ke dalam cerek agak sukar bagi si tukang ceduk. Maka bertempeklah si tukang cedok hendaknya kalau giliran Tan Bapak Ayam;

"Hi.. kome ni. Ngape tak bawak botol ajer.. Puas hati...!"













kredit buat: Seri Kepayang

Ahad, 14 Ogos 2011

Kampung Kepayangku

Semasa melayari YOUTUBE, terjumpa klip video ini. Dimuatnaik ke sini untuk tatapan, imbau kenangan dan arkib.

Mungkin sebahagian dari pemandangan yang ditunjuk di sini sudah tiada lagi di Kampung Kepayang sekarang lewat ditelan urbanisasi.


kredit buat: zabidi59